click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Friday, March 27, 2009 / -2:12 AM
Politik?

Sememangnya menconteng tandas adalah suatu vandalisma, tetapi saya melihat dari segi positif kandungan contengan di dinding tandas tersebut kerana apa yang tertulis adalah merujuk kepada apa yang terkandung dalam pemikiran mereka. Saya melihat, ada dua kelompok manusia yang suka menconteng dinding tandas.

Pertama kumpulan lucah. Mereka selalu membayangkan perlakuan tidak senonoh, mereka cuba meluahkan sesuatu di dinding tandas. Gambaran mereka kadang-kadang menakutkan tetapi ada lukisan mereka cukup kreatif. Sayangnya, bakat mereka disalahunakan. Perkara yang tersirat adalah betapa kumpulan ini, yang saya pasti adalah remaja, sudah terlalu rosak daripada segi akhlaknya. Pendedahan gambaran porno adalah manifestasi tahap didikan agama yang terlalu cetek dan pengawasan yang terlalu longgar. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Kumpulan kedua adalah kumpulan celik isu semasa ataupun politik
Kumpulan kedua si penconteng dinding ni adalah dalam kalangan kumpulan yang celik politik. Acapkali peperangan contengan dinding tandas menjadi medan perang terbuka kepada puak pembangkang dan kerajaan. Kutuk-mengutuk, hujah berhujah, maki hamun sampailah kepada fakta ilmiah diluahkan di dinding tandas. Pada saya, golongan ini golongan yang mempunyai kesedaran politik, yang semestinya juga remaja. Mungkin mereka tiada saluran untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka lantaran sekatan kebebasan bersuara. Justeru, dinding tandas menjadi medan senyap untuk meluah perasaan.

Apapun perlakuan ini tetap salah. Ini adalah kesalahan, namun ada pengajaran yang dapat kita lihat betapa politik ini akan memberi kesan kepada semua rakyat sehinggakan kepada anak di dalam kandungan juga menderita disebabkan salahguna politik. Susu untuk bayi juga tak terlepas daripada kenaikan harga menggila. Remaja penconteng dinding pun tahu menilai keburukan pemerintah, inikan pula golongan terpelajar. Sudah tiba masanya politik tandas ini diterjemahkan ke atas kertas undi dan seterusnya ditranformasikan kepada kuasa politik yang akan merubah senario politik tandas kepada suatu kuasa yang akan merubah nasib rakyat.


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐