»
Monday, April 20, 2009
/ -11:43 PM
The Ceritera 5KA1 '08
Assalamualaikum ya habibi ya anta ya unta ya maulana . sebermula diceriterakan oleh yang empunya ceritera ini. Dikhabarkan seorang yang amat baik molek perbuatan halus tingkah laku dan HOT sertai digila-gilakan sampai meleleh air liur. akulah aqmalbaik sebaik namaku. Tersergamnya indah astana idaman diberi nama lima ceso. mengapa lima, kerna segala penghuni astana ini sudah melewati 17 tahun .Alkisah diriwayatkan kerajaan ini paling mahsyur berbanding kerajaan sekelilingnya termasuk di lembah terpencil iaitu mes , ees mahupun pedd. tidak dilupai juga kerajaan-kerajaan voke yang jauh ketinggalan dari segi populariti berbanding kerajaan lima ceso terhebat itu.
Kata sahibul hikayat , adalah dikatakan kerajaan gergasi ini dibawah pemerintahan dua orang permaisuri agung. permaisuri pertama adalah Maharani HEE Li Poo yang cukup terkenal sebagai Beauty Queen. kehebatannya dalam ilmu theory berkaitan kejuruteraan bina-bina sungguh mengagumkan, ditambah dengan ketegasan dan sikapnya yang pandai bergaya sungguh menyebabkan rata-rata primadona dari jawa tengah tergamam.adapun permaisuri kedua pula adalah Maharani HASNAH Al Sheikh seorang yang tulus-mulus penuh intisari nasihat dan pedoman hidup. al maklum , beliau adalah tokoh ustazah terkenal sehebat Ibnu Sina dan sesiapa sahaja yang berkaitan dalam sejarah islam. Dalam riwayat ini , dibisikkan lagi Datuk Seri NONOT Seri Melaman adalah kepala dalam kerajaan serta dibantu oleh Penolong kepala iaitu Datin Seri LEYLEI Melaileh. Mereka mengawal ketenteraman kerajaan dengan penuh dedikasi, meskipun merekalah yang kadang-kala lebih over berbanding
rakyat-rakyat jelata sekalian.
Dikhabarkan lagi terdapat laksamana pendekar berpesalinan biru sutera yang diimport jauh dari amerika latin. selain aqmalbaik , ada lagi 3 laksamana kental lelaki dan 4 laksamana yang kurang sedikit kental perempuan . mereka adalah Puan Seri CUPYANKA , Puan Seri CHOT
Puan Seri VAM dan Puan Seri RARA. Adapun Puan Seri Cupyanka amat petah bergurau senda menjadikan dia paling kecoh dikalangan kumpulan terbabit disamping gemar berdandan
bagi mencuri perhatian pengawal-pengawal astana yang setia. Manakala Puan Seri Chot turut
menyandang jawatan bendahara kewangan kerajaan yang menjaga segala harta , dana , aset dan saham kerajaan. Adapun Puan Seri Vam amatlah menakutkan , terkenal sebagai vampire puan seri ini boleh menerkam siapa-siapa pun jikalau mangsanya lalai walau sesaat, manakala Puan Seri RARA didatangkan khas dari laut menuntut disini dengan harapan dapat memajukan bangsanya iaitu bangsa Penyu yang sungguh comel di lautan yang luas.
Hang ISHAK pula seorang yang berjawatan tinggi iaitu penolong kepala laksamana pendekar berpesalinan biru dizaman ini, agak kerana gemar bertelingkah hang ini telah dicop sebagai ketua delegasi pembangkang tersohor astana . adapun Hang PALEK seorang makhluk sungai asalnya dari kerajaan Seri Bedengung di Sungai Tidak Terlalu Besar amat gemar bergelak tidak senonoh dan bersuka-ria bersama Hang FAIZ yang acap kali ada sahaja cerita menarik di Asrama Asmara , tempat tinggal sementaranya selagi menuntut di kerajaan ini. adapun hang ini juga malu-malu kucing tetapi tetap berjaya menambat hati seorang dayang dari kerajaan seberang.
Adapun dibisikkan lagi terdapat Puteri NOLA yang asyik bercinta dengan pahlawan musuh kerajaan ini iaitu kerajaan ees meskipun cinta mereka terlarang . Che'Puan CHANDRAMUKHI pula amatlah dahsyat apabila bergelak kerna gelaknya ganas menggegarkan seluruh astana walaupun perkara yang digelakkan tidaklah begitu lucu . hatta itu , che puan ini telah diangkat menjadi nujum peramal aktiviti paranormal yang berlaku sekitar astana .Tun AMY pula sungguhlah pemalu orangnya bersopan santun dan tidak gemar berpelakuaan buruk . lain pula hikayat Dang LLEGA yang adapun pandai memasak walaupun adalah jaguh rempit wanita zaman ini , gemar mengganggu ketenteraman penghuni astana yang lain. Tidak kurang
gagahnya Dewi SUZIE yang bermacam-macam kerenah dengan pelbagai ilmu pelik yang dituntut semasa bertapa di gurun sahara sepurnama lalu. sekepala pula dengan dewi DINA yang amatlah pakar berdangdut sehingga berjaya membuka kelab dangdut sendiri di Afrika Selatan, sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan kariernya tidak akan tergugat .
Hatta diriwayatkan lagi Datin ASEH yang pintar tetapi sungguh ganas , bebas dan melampaui batas. kehadirannya penuh gemilang-gemilang setelah dibuang negeri oleh kerajaan di gembekk suatu ketika dahulu. Syahadan kemudian, Che'Puan AKID banyak berceloteh dan bersenda gurau bersama Puan Seri SASUMI yang akan ketawa mengekek-ngekek, ada sahaja perkara yang dibisikkan sehingga meruntun hati pedagang-pedagang yang bertandang ke negeri ini . adapun Puan Seri memang terkenal dengan kekecohannya tetapi jika digaulkan lagi bersama Datin CIKEPOT , makanya segala impian untuk memastikan kedamaian astana akan punah . Lain pula Che' Puan NABILAH yang senyap , ikhlas dan kurang bercakap manakala Puteri FAZA gemar menyanyi seperti bintang RTM , walaupun sering dicerca, namun semangatnya untuk terus menyanyi semakin membara khas untuk sipahi-sipahi di astana . Kata sahibul hikayat lagi Puteri KIERA adalah orang kuat Syarikat Jualan Langsung Koperasi
yang acap kali masuk kelas lambat kerna sibuk dengan bisnesnya itu. Tun Seri ERIN pula kecil molek orangnya tetapi banyak sungguh ceritanya, ditambah lagi dengan Datin SAO yang suara maha lantang sememangnya tiada tolok bandingan kaya-raya dengan gosip dan cerita sensasi terbaharu.
Diceriterakan lagi Datuk APIZ yang perangainya sentiasa bersahaja dan penuh lawak bermutu sehingga berjaya menggondol beberapa anugerah penghibur astana terbaik, kepantasannya dalam meneroka bidang ini sering digeruni pesaing-pesaingnya.Hatta itu menjadikan Tun MADJE sentiasa bermanja dan bergurau setiap masa dengannya.Tun seri BEGAU tidak kurang hebatnya, ada sahaja gelagat tersendiri.Dibisikkan lagi Tun Seri ini sering menjadi buruan paparazzi kerana kehebatan luar biasanya menarik perhatian menjadikan seluruh astana sungguh gamat .
Maka dihikayatkan lagi, Puan Seri MADHIE sungguhlah pandai merepek dan berlawak merapu dikelilingi teman-teman sepermainannya, kebrutallannya gah mengalahkan The Rock sehingggakan diangkat menjadi permaisuri brutal dalam astana. Adapun Che'Puan NORBIE seorang yang berjiwa bunga-bunga dan gemar membaca novel cintan, adapun che'puan ini dikatakan sering menyonglap novel di perpustakaan besar astana dan menelaah sepuas-puasnya sebelum dipulangkan semula. Temenggung ZUL pula menjalankan hubungan diplomatik bersama Hang AMIR. Mereka sering kali dilihat bergelak bersama dan menjadi tonggak utama kumpulan penyebar cerita-cerita rakyat . Sahibul pula Tun SYAFIQ yang sungguh berhati batu cincin dan juga brutal .kegagahan tun ini juga telah mengusik perhatian dan setia diapit oleh penari-penari kebudayaan astana. Dibisikkan lagi Tuan Besar ZACK yang sangat terkenal seluruh astana . adapun tuan besar teramatlah pendiam dan kewibawaannya dalam memimpin jemaah tidur dalam astana sangat dikagumi. Inikan pula Datuk TENG satu lagi nama besar dalam industri bina bom amatlah digeruni kerana kepakarannya dalam mencipta huru-hara adapun datuk kurang bersosial dengan semua penghuni astana .
Sedemikian itu segala masam manis ceritera segala isi astana kerajaan lima ceso. setiap anggota tiada kira siapa ada keunikan tersendiri, segala kerosakan dan kejahilan dalam ceritera ini harap di maafin. tiadapun niat disebalik wajah plastik untuk menjatuhkan mana-mana sesiapa. sesungguhnya terlalu baik dan enak semua penghuni astana ini. sungguh beruntung kerna kita dapat hidup aman walaupun kekadang ada ketidaksehaluan. samalah seperti lagikan lidah tergigit inikan pula manusia. semoga semua baik-baik sahaja dan berjaya mengejar impian dalam dunia serba luas ini.amin.
▲ Back to top