click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, July 13, 2009 / -1:09 PM
Kuliah Pertama



Jeng Jeng Jeng! Bebeh first day tuw. haha saya bangun pukul 6 kot .
Keluar rumah pukul 7 sampai kampus 7 lebeh . Seperti biase mestilah
serang toilet dulukan? haha repair-repair ape yang patot. Sebenarnya
saya tersalah masuk toilet . Tuw toilet untuk pensyarah , pastu tengah
saya terhegeh-hegeh depan cermin, keluar seorang pensyarah dari jamban
( buang air besar kot sebab dengar diew tarik flash ) lepas tu diew cakap
yang ini toilet untuk pensyarah dan staf sahaja. saya pun sengih kat diew
haha babish betul kena halau plakk , pastu pegi toilet student kat tingkat
bawah then lepas dah siap semua , tetiba baru saya tahu bahawa ia toilet
siswi bukan untuk siswa. bahaha , sebab dalam tu adew satu mesin untuk
buang tuala wanita. salah lagi!

Pastu masuk kelas , semangat nih , kuliah pertama adalah pengajian islam
then nampak kelibat pensyarah dari jauh. semua mula berbisik-bisik. lepas
diew masuk start lahh belajar , baik punya pensyarah tuw tanya kat kitorang
"okeyy ini kuliah yang pertama , kuliah apa?" semua serentak jawab
"pendidikan islam!" pastu diew tergelak , ingat kitorang melawak tp kitorang
buat muka serious. Pastu diew terdiam , baru kami tahu ini lect
Engineering Material & Construction bukan Pendidikan Islam.
Bahahah jadual dh berubah rupenya.

Lepas tuw adew class LK , kitorang pun pegi class LK . Tunggu smpai setengah
jam lecturer ta sampai-sampai . Budak sumew dah syak salah kelas. Then PA
iaitu Penasihat Akademik ( bukan Personal Asistant ) kitorang masuk dan inform
yang kitorang kene pegi library adew taklimat. Sebelum tuw sempat lagi si PA
kitorang buat pemilihan jawatan kelas . Dan seperti yang anda jangka, saya terpilih
jadi wakil kelas , law nak sedap lagi president kelas. bahaha siyot aku baru ingat
nak rilek2 , sekolah dulu dh jd pengawas so skrang nak freedom laa skewt babeh!
Penolong saya pilih , Seks haha . Tadi tyme pemilihan ketua diew laa paling lantang
sebut name aku , hambek ko skrang aku naikkan name ko! hahahahaa.

Then diorang ajak keluar hang out. bahaha kuliah baru start satu hari dah nak ajak keluar ramai-ramai . Kecoh jew. Lepas itu pergi perpustakaan , taklimat berjalan lancar dan PA kate habis boleh balik . So saya cakap laa kat budak-budak boleh balik. Tetibe PA saya hantar message kat phone suruh tunggu kat foyer Jabatan Kejuruteraan Awam then suro call pensyarah LK. Aku pun menggelabah laa ! kate class LK dah cancel sebab adew taklimat . Budak2 sumew dh balik! then saya call pensyarah tuw cakap yang budak2 dah balik. hahaha. Selamat diew ta naik hangin , diew cakap kelas tunda next week. fuh! Dugaan betul first day.




[ Comment at The Comment Chamber ]


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐