»
Friday, September 11, 2009
/ -1:11 PM
Orang dulu-dulu
Hehe , sebenarnya ta twu na citer ape. Tu laa orang ade blog aku pun sibuk
nak ade blog. Bia aku pikir sat heh. Owh cerita pasal semalam. Semalam lepas
kelas habis aku terus balik rumah. Sedang aku meluncur laju di highway federal.
Tetiba nak masuk Klang , jengjengjeng. Matu ku terpaku kepada suatu susuk
tubuh di tepi jalan yang mungkin sedang menunggu bas. Badannya yang lentok
bersandar pada divider jalan. Ia seorang wanita! Tapi ia tidak seperti yang
anda sangka, kerana dia adalah seorang makcik. Apa yang spesel pasal makcik
ini sehingga mata ku terpegun adalah kerana makcik tersebut aku kenal.
Act ta kenal langsung tapi aku cam makcik tu sebab aku selalu nampak dia.
Jadi marilah sama-sama kita mengimbau kisah terdahulu aku.
Pada dahulu kala ketika aku still amek spm, aku tuisyen dekat klang. Kenderaan
rasmi aku sure laa bas kan. Jadi setiap kali habis tuisyen yang acap kali waktu
petang , aku akan naik bas dan justeru aku naik bas kompem lagi wajib aku
akan terserempak dengan makcik ni dalam bas tersebut. Dengan muka bulatnya
bawak handbag besar dalam tu ada payung satu dan kat tangan kanan mesti ada
surat khabar kosmo. haha! dah hafal siyot aku, hampir setiap hari mesti aku jumpe
makcik tu dalam bas. Later dah abis spm dan dah tak tuisyen lagi kat klang aku
dah tak penah jumpe lagi makcik tu , until semalam aku nampak makcik tu
dekat tepi highway federal depan jusco bukit raja. So agak teruja dan ta sangka
dapat jumpe makcik itu lagi sekali even aku tak penah kenal pun makcik tersebut.
▲ Back to top