click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, November 16, 2009 / -9:32 PM
Rubik Cube

Rubik City

Rubik Cube, satu permainan yang sangat agak tekanan mental. Kalau anda perasan trend bermain rubik kiub telah kembali. Fenomena ini bermula lepas Hari Raya 2009 tetapi kini sudah pun mula lenyap. Aku mula perasan lepas cuti mid sem classmates aku bawak rubik kiub, masing-masing melekat dengan rubik kiub . Ada yang melebih, pensyarah tengah membebel kat depan mereka pula sibuk menggentel rubik kiub bawah meja. Even masa hari raya di kampung, ada juga sepupu yang sudah mula menggentel rubik kiub. Agak kehairanan, apakah yang mencetuskan fenomena rubik kiub yang menyebabkan rata-rata orang muda bermain rubik kiub secara serentak? Di kampung orang bermain rubik kiub, aku keluar rumah pun nampak orang main rubik kiub, masuk kampus pun ada jugak yang main rubik kiub. Adik aku juga turut membeli rubik kiub dan katanya ia sedanga hangat di sekolahnya. Malahan bapa ku juga sudahpun berminat untuk turut serata dalam trend tersebut.

Terus terang aku tak terel pun main rubik kiub, kalau setakat dapat satu warna yang same pun dah kira bangga. Jadi aku mintak member aku ajarkan main rubik kiub dan buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, selama 18 tahun aku hidup aku telah berajaya menyelesaikan sebijik rubik kiub yang sama semua warna! Aku siap amek gambar lagi, terharu sampai nak nangis. Sungguhpun begitu fenomena ini sudah mula malap, tapi masa zaman kegemilangannya iaitu musim hari raya yang lepas, semua orang nak main. Yang tak pandai mula nak belajar tapi yang pandai sungguhlah bongkak dan berlagak. haha. Konon konon dapat selesaikan rubik kiub pejam mata je, guna dua jari je. dalam dua saat je. poyo sahaja. Apa apa pun, trend ini sudah mula pupus, begitulah putaran sesuatu trend . Satu trend akan popular kemudian akan mula tenggelam apabila muncul trend baru, setelah sekian lama trend yang tenggelam itu akan muncul kembali dan begitulah seterusnya.

me & my rubik cube





▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐