click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Tuesday, January 5, 2010 / -5:16 PM
Final Exam

Assalamualaikum, akhirnya setelah berhempas pulas sehingga terkeluar hempedu aku akhirnya result final exam aku telah terbongkar. Sebelum result aku berjaya dibongkar aku terpaksa melalui beberapa saat getir bermula 31 Disember 2009 dan hari ini, 5 Januari 2010 barulah aku berjaya mendapatkan keputusan rasmi final exam aku. Seperti yang telah aku janjikan kepada diri aku sendiri, walau apa pun result yang aku dapat, aku akan tetap siarkan di blog ini. Jadi terimalah!



So diataslah keputusan final exam untuk Semester Satu aku. Agak teruk huwawa
tapi semua subjek aku skor A hahaha. Walau bagaimanapun pointer aku hanyalah 3.88 meskipun aku agak kurang berpuas hati tetapi aku juga bersyukur
sekurang-kurangnya hampir-hampir nak dapat 4.00 atau 4 flat!
Teruskan lagi berusaha aqmal!

Ok ni aku nk cerita sikit saat getir aku, result dah keluar 31 Dis 2009 so aku pun terjah dengan tak senonohnya website dier aku buat macam ni (Tekan Sini) dengan penuh istiqamah weh, berdebar nak mampos. Tetiba memang best keluar macam ni (Tekan Sini) ramai gila orang online sampai server tersangkut. Aku try sampai pukul 3 pagi, aku dah tinggal nyawa nyawa ikan dah ni tapi
still tak boleh gak, padahal time tu 300 lebih orang je yang online. Banggang nak mampos.

Akhirnya petang esoknya aku berjaya lolos, tapi sungguh berdebah lagi durjana keluar benda ini pulak (Tekan Sini) . Bayangkan perasaan aku yang bagai kaca dihempas ke batu kemudian dipijak pula dengan sang lembu dan taik lembu itu terpalit ke aku. Benda yang aku blur kan tu adalah alasan yang paling tak rasional nak block result aku. Bengang gila nih! Time tu jugak aku call nombor yang ade kat situ, tapi langsung takde orang angkat.

Akhirnya hari isnin dah beratus ratus kali aku call baru ade orang angkat, tapi lepas tu dia suruh call jabatan lain then orang tu pulak suruh aku datang kampus. Hari ini yakni hari selasa aku gagahkan diri serang kampus aku tu. Aku direct terus pergi office, makcik yang jaga receptionist suruh aku sign satu paper, lepas tu dia cakap petang ni dah boleh check result. Aik! aku drive 30 minit datang sini dengan jem kat klang lepas tu bayar tol RM2.00 pergi balik semata-mata nak tanda tangan je? Karenah birokrasi betul lah. Pastu tadi aku check dah boleh dah. Alhamdullilah.

▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐