click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Tuesday, March 30, 2010 / -8:13 PM
Lawaklah Sangat.


Tadi kat dalam lab kan, aku bergelak gila babi membahan seorang member aku ni. Tapi bahan dengan cara yang sopan la kan, sebab dia tu 'terangsang' sangat. Tiba-tiba ada seorang member aku ni menyampok pulak. Lepas tu lawak dia tak kelakar sangat dan aku buat muka serius la, takkan nak gelak pulak. Tiba-tiba dia cakap muka aku macam penyu. Dia cakap muka serius aku macam penyu! Kurang ajar betol.

Lepas tu aku terus tiada mood hendak ketawa. Entah kenapa aku tak suka orang buat lawak pasal fizikal aku. Aku agak sensitif bila orang cakap muka aku macam itu macam ini, rupa aku macam itu macam ini. Aku rasa macam lawak seperti itu tak kelakar. Aku taulah aku tak hensem kan, tapi aku rasa macam tak best bila ada orang buat gurauan pasal fizikal ini, aku pun tak pernah buat lawak pasal fizikal orang. Inilah namanya kehidupan.

» Friday, March 26, 2010 / -9:02 PM
Kawan.

Sebenarnya tiada sangat yang hendak di cerita. Tapi saja posting, nanti blog terbiar pula, lama-lama lalang tumbuh panjang jadi sarang ular dan tikus pula. Siang tadi habis kelas kawan aku menggatal nak drive kereta aku. Jadi aku tak sampai hati nak mengecewakan perasaannya. Sebelum start enjin dia dah konon merendah diri katanya tak biasa memandu kereta manual, jadi aku agak terpana seketika. Tetapi disebabkan dia tetap berkeras mahu memandu jadi aku biarkan sajalah.

Hendak reverse parking dah jadi satu hal, dia boleh terlajak sampai langgar divider tepi jalan, nasib baik tak apa-apa. Hinggalah terjadi satu lagi kisah yang mungkin agak memalukan, aku sudah mengungut akan post cerita ini dalam blog tapi dia merayu agar aku tak berbuat demikian, katanya ingin menjaga kemaluannya, Tapi disebabkan aku baru saja menukar link baru dan blog ini masib tiada pengunjung yang stabil jadi aku tetap akan post cerita ini.

Nak masuk highway, jalan dia macam agak berbukit dan atas bukit itu ada satu traffic light. Dia sudah mula menggelabah bertanya apa yang perlu dilakukan atas bukit nanti. Terus tarik handbrake atau tekan cluth dulu atau teran brek atau lain-lain. Aku sudah pun bersiap sedia memegang satu file untuk menutup muka aku jikalau satu kejadian menarik berlaku. Dan akhirnya, diatas bukit itu pabila lampu bertukar hijau enjin pun mati. Buat seketika satu kereta senyap, aku dengan member lagi seorang kat seat belakang seakan tidak percaya ia akhirnya berlaku.

Member aku cuba menghidupkan semula enjin dan terus memecut. Akhirnya enjin kereta mati juga ditengah jalan yang sibuk, banyak gila kereta masa tengah rush hour plak, semua pemandu lain mengintai kami dari kiri dan kanan ketika memotong kami. Nasib baik kami semua muka tembok dan tak tau malu.

Labels:


» Tuesday, March 23, 2010 / -12:50 AM
The Best



Life is not easy. To get the best in everything, we have to give everything in return. We have to do very best in everything to get best result. We can't hoping the best by just sit and do nothing to get it - you just don't deserve it.

Things don't just fall out of the sky, we have to reach for it and grab it. If we don't do anything to get what we want, fair well, we'll never going to get a thing. What goes around comes around, ever heard about it?

Sometimes, good things do come approaching us - as a good luck. It happen even if we didn't work for it. But it does not happen very often. Because most of the time, in a hard real world, bad things will come - not the good thing.

That's why, no matter how hate we are towards something we do. we have to do it the best we could. How lazy we are, how shame we are, how hatred how despise, we really have to do it - we don't have any choice.

Just in the name to succeed. It comes with a price, a very expensive price. To feel comfort, relax, peace, enjoy it all come with a price. We have to give damn good to pay for all that.

Labels:


» Sunday, March 21, 2010 / -4:38 PM
Graphiking



You know what, i love graphic design. I'm always excited about graphic design and to be exact, graphic design is my second passion after Architecture & Engineering  - why i put architecture first ahead engineering? I'm taking major in engineering right now so I'm supposed to put engineering first.

I love to see the amazing arts, the fast-forward graphic design and sophisticated things. It gives me such a thrill and I'm always excited to see a brilliant designs. To think, how the designers could imagine of making something like this, the story behind the graphics and all the details in it. When i look at it, i feel like it's in my blood - very dramatic. But it's the truth, i am so passionate about graphic design.

Unfortunately i am not naturally given the skills and talent to create such amazing graphic design. I mean, i already have the passion but then i don't have what it takes to be a designer. I did try before but the result is stupid. Perhaps i don't have enough idea what to make, the skills and the creativity - that's what i hate the most. Well, good bye graphic design and i'll always love you.

Labels:


» Saturday, March 20, 2010 / -12:47 PM
New Skin

Woah, my blog got a new look! After few weeks of struggling to get a final skin for my blog, at last i come up with this final skin and i love it! - don't you?  It's a great combination of arts, really vibe and sweet. I feel young again! haha. Well i don't care if anyone find my new blog skin as a torture to their eyes, what matters the most is whether i like it or not - obviously i am. And yes, i created the whole damn coding by myself, it took 5 hours you freak! I almost give up because the html codes always got broken. So here's my final result!


» / -1:07 AM
FAQS

What is Ownotra?
Ownotra is a platform that only contains all the articles about me. About my thick and thin, my feelings, my life and my activities. Just click OWNOTRA and then click ENTRIES to enter.

How To Exit Ownotra?
Quickly click HOME and you'll be taken to normal mode.

What is Ototra?
Ototra is a platform about the others, about my opinion, how i see the world, current issue and hobbies. Just click OTETRA and then click ENTRIES to enter.

How To Exit Otetra?
Click HOME, and you'll be taken to normal mode

Omg I Got Confused In Your Stupid Blog, What Should I Do?
Just press HOME and you'll be taken to the main blog, btw my blog is not stupid it's you the stupid that can't handle my blog =p

Where Is Your Normal Posting At?
It's in the ENTRIES, on the navigation bubble on your left.

Where To Chat Or Leave A Message?
Click the TAGBOARD on the navigation bubble on the left

Why I Can't Comment You Articles?
It's already hidden, but instead of that, you could rate the article by how many stars you wish

How To Follow Your Damn Blog?
Use the Reading List located on your own DASHBOARD, just add my blog link to do so.

Is There Is Any Insurance Policies For Me While Surfing Your Blog?
No. You can go cry to your mummy.

What Can I Get From Your Blog?
Depends on yourself.

What If I Hate Your Blog?
Thank You.

Can You Stop Doing This?
Like i care!

How To Exit This Fucking FAQS?
Good lord! Press HOME! 

» Monday, March 15, 2010 / -3:07 PM
Field Trip!


Sudah lama tak update blog. Serious aku rindu blog ini dan banyak sangat cerita aku nak cerita tapi aku memang tiada masa. Sekarang aku tengah mid sem break so ada lah masa nak update blog. So aku akan cuba catch up benda denda yang aku rasa nak dimasukkan dalam blog aku. Last week mentang-mentang minggu lepas sebelum cuti, lecturer macam biase bagi assignment dengan tutor banyak-banyak. Paling tak tahan test tiap-tiap hari ade! Dahsyat gila.


Speaking about mid sem break, hari sabtu lepas aku dengan classmates aku buat field trip! Kitorang ke Port Dickson. Even PD bukan lah tempat yang ideal sangat, tapi okey lah jugak. Hari Sabtu 13 March 2010 aku bertolak ke rumah member aku parking kat sane. Dalam pukul 7 malam baru gerak masuk highway. Total 9 orang je, empat pompuan lima lelaki and semua classmates aku gerak naik dua kereta, Aku naik kerata Zaki, Akim bawak lagi satu kereta. Zaki macam orang mabuk, kat highway hujan lebat gila gila dia boleh bawak 120. Sampai PD dalam pukul 9 kot dan hujan! =.=

Kami minum-minum dulu dan bila hujan dah reda kitorang pasang 3 khemah, yang lain siapkan nak buat bbq! Dalam pukul 12 malam aku pegi mandi kat public shower sebab petang tu aku tak mandi langsung haha. Best doh mandi tengah-tengah malam, mandi lama-lama dan betul-betul menghargai 50 sen per entry. Lepas tu melantak bbq memang sumpah sedap gila, bwat unggun api, tengah malam duduk tepi pantai. Damai je kot, walau unggun api kejap besar kejap kecik sebab kami menggunakan apa saja sumber yang ada sebab baru lepas hujan kayu semua basah lagi.

Lepas tu dengan karaoke, gitar, borak sampai pagi. Open cerita pasal macam-macam, gelak tak ingat. Rara digelar perempuan mengandung sebab dia pakai gaun macam stail orang pregnant, lepas tu aku masuk satu khemah dengan dia sebab nak pinjam buku tapi kena gosip plak, diorang cakap khemah goyang-goyang la ape lah. Kitorang ada bawak tikar besar lepas tu semua baring sambil tengok bintang, lepas tu tidur atas tikar padahal khemah ade. Tapi bila dengar bunyik anjing melalak-lalak, semua masuk khemah.

Bangun pukul 7 pagi terus terjun laut! Memang angin kencang dan air sejuk gila. Tapi semua feel je, mandi sampai tengah hari until orang dah start ramai. Kitorang ade main bola atas air lepas tu aku dengan beberapa member reka satu tarian dalam air. Gempak gila kot bila bwat ramai-ramai, dah macam komenwel. Nama tarian tu tarian Push De Pop, macam yang iklan retarded dalam tv tu. Later en kitorang main Banana Boat, to be honest ia merupakan first time aku try. Memula memang nervous gila sebab nanti dia campak kita kat tengah-tengah laut dalam. Tapi rupanya best gila, masa jatuh memang sakit tapi semua gelak-gelak so dah okey. Ada main tanam-tanam, memula tanam aku, diorang macam siyal buat tetek besar lepas tu bwat batang stim haha, later tanam Fiki dan last skali Zaki.

Lepas tengah hari kami pun berangkat pulang tapi lalu jalan dalam. Aku tertidur dalam kereta tapi terjaga bila dengan lagu 21 guns kat radio. Tak tau kenapa aku still suka lagu ni. Then singgah rumah member aku sebab para driver nak tidur. Malam tadi pukul 5 kot baru tidur. Lepas itu ke rumah member aku lagi sorang untuk lunch disana. Kemudian rancang nak tengok wayang kat Bukit Tinggi sebab dapat tiket percuma tapi si Zaki ade hal kne balik awal so kereta dah tak cukup.

Labels:


» Friday, March 5, 2010 / -7:38 PM
Night Out

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini. Malam itu aku sleepoever kat apartment member aku itu. Malamnye aku dah fully okey weh! Tenaga dah fully charged! Diorang cakap aku kena buatan orang, tu yang sakit sekejap. haha bodoh gila. Disebabkan aku dah okey, malam itu dalam pukul 9 kitorang keluar makan, lepas itu terus gerak sunway pyramid, naik motor plak tu! Gerek seh. Oleh kerana aku tak pernah naik motor ke sunway, sesat gila-gila nak carik parking motor. Paling sakit hati member-member motor lain dah jumpa parking motor tapi aku dengan sorang member aku ni menzazau kat basement cari parking motor. Berapa kali call tapi still tak jumpa. Diorang kata parking kat B3 tapi kitorang jumpa sampai B2 je, B3 tak wujud. Last-last jumpa gak tapi kosong gila. Member aku cakap dia dah rasa macam kat alam barzakh, dah la B3 buruk dengan simen tak siap, sumpah seram kot.

Banyak kali pusing kat tempat sama, hangin betul aku tengah-tengah malam tu. Dah la aku first time bawak motor ke sini, selalunya aku drive sendiri. Ini semua salah member aku sorang lagi! Aku nak pinjam kereta dia tapi dia tak bagi! Semua salah kau perez! Haha. Akhirnya dah jumpa parking then split kepada dua group, diorang nak main bowling tapi kitorang nak tengok wayang. Tengok cerita Book Of Eli, start pukul 11.55 pm until 2.00 am. Cerita dia okey lah jugak, first impression bila aku dengar cerita ini nak klua, rasa macam boring tapi disebabkan sorang member aku ni cakap cerita ni best gila so aku dah terpengaruh. Cerita agak kekristianan pasal hanya satu bible terakhir kat dunia nak dicetak semula. Tapi agak bangga bila Holy Quran pun ada gak dalam simpanan khazanah diorang. Pukul 3 pagi baru sampai rumah. Gamble gila ah, esok pukul 8 pagi ade kelas.

Cerita hari ini plak, aku la bangun paling awal. Pukul 7 still boleh solat subuh, member aku tu pukul 7.30 baru tergegeh nak solat. Apekebende lah, Malam tadi balik lewat gila, padahal ada kelas pukul 8. Tapi paling best kitorang sebenarnya ada 2 quiz hari ini, tapi tak study langsung! Contoh yang tak patut diteladani. So kelas macam biasa until kelas maths lepas solat jumaat. Kitorang tunggu lecturer tak sampai-sampai. Diorang dah packing barang nak blah sebab maybe lecturer tak datang. Tapi aku sebagai president kelas tak bagi diorang balik sebab lect kate nak buit quiz maths hari ini so mana boleh dia cancel kelas. Aku pun dah teruja kalau kelas maths dibatalkan. Dengan ngantuk tak cukup tidur dan tak study langsung untuk quiz lagi, haih.

Tiba-tiba jengjengjeng, datang seorang lelaki yang tidak ku kenali bertanya kelas apa sekarang dan lecturer dimana. Jadi aku explain yang lecturer tak datang lagi, lelaki itu kelihatan tidak sennag dengan jawapan aku memandangkan kelas sepatutnye bermula setengah jam yang lalu. Dengan penuh bangga dia suruh aku pergi office panggil Ketua Program ataupun Ketua Jabatan. Aku agak terkejut! Siapakah lelaki ini sehingga menyuruh aku memanggil Ketua Jabatan untuk berjumpa dengannya. Sedangkan jawatan Ketua Jabatan sangat tinggi dan apa yang perlu aku jelaskan sekiranya KJ tanya siapakah lelaki yang memanggilnya. Akhirnya aku memutuskan untuk memanggil Ketua Program. Puan KP agak terkejut apabila ada lelaki memanggilnya, pastinya jawatan lelaki itu sangat sangat tinggi!

Kami berusaha mengesan lecturer Maths yang entah kemana menghilang. Aku call tak angkat, last last lelaki itu sendiri yang call! Tapi tak berangkat juga. Lepas itu kes bertambah besar apabila dia call pegawai-pegawai lain untuk mengesan lecturer maths aku tu. Keadaan semakin pelik, siapakah lelaki itu, yang pastinya aku tak pernah lihat lelaki ini. Sampaikan PA aku pun turun. Sangat pelik ke mana lect menghilang. Kalau kelas batal kenapa dia tak bagi tahu aku? Tapi takkan lah kelas batal sebab semalam dia kata nak buat quiz. Akhirnya Ketua Program announce yang lecturer aku memang tak datang untuk hari ini. So kami pun balik lah. Akhirnya Ketua Program bagi tahu aku yang lelaki itu dalahlah Timbalan Pengarah dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia! Walah, patutlah dia berani suruh aku panggil Ketua Program atau Ketua Jabatan jumpa dia. Haha. So takde quiz lah hari ni. Tak rugi aku tak study! Haha ayat sepatutnye 'rugi aku tak study' tapi hari ni ayat bertukar jadi 'tak rugi aku tak study'

Labels:


» / -7:12 PM
Azab Kesakitan


Semalam antara hari paling dahsyat bagi aku untuk tahun ini. Semuanya bermula pada kelas pertama hari itu iaitu kelas Maths. Aku rasa macam pelik, aku bagi tahu member sebelah yang mata aku macam blur, macam berpinar. Serious lepas tu macam pening. Lepas itu kelas kedua iaitu kelas Contract. Aku mula rasa macam tak sedap badan. Lepas tu sakit kepala. Lebih parah kepala aku makin lama makin sakit. Bukan pening kepala lagi tapi dah bermutasi menjadi sakit kepala yang maha kronik. Rasa macam ada berpuluh anai-anai dalam kepala aku lepas itu gigit-gigit kepala aku dari dalam. Sumpah aku cakap sakit nak mampos, tak pernah kot aku rasa sakit kepala teruk macam ini. Sejam pertama dalam kelas Contract aku bertahan tapi makin melarat aku mintak izin lecturer nak balik. Tapi memang sadis bila lect tak bagi balik, alasannya dia takut aku pengsan kat tengah jalan. So aku terpaksa menahan lagi satu jam dalam azab itu.

Sepanjang kelas aku tidur. Tapi memang tak selesa tidur atas meja kan. Kuak lentang kejap kiri kejap kanan. Meja dah la keras, dengan bisingnye, sumpah memang terasa macam kat neraka! Pelik gila lah, tak pernah aku rasa teruk macam ini, time dalam kelas pulak itu. Habis saja kelas aku terus balik apartment member aku, aku terpaksa skip kelas BI sebab dah tak tahan, Aku singgah food court dengan keadaan terhuyung-hayang beli nasik dan beli panadol actifast. Sampai apartment aku makan walaupun takde selera dan telan sebijik panadol. Aku tengok muka aku kat cermin memang pale gila, mate bengkak, macam mangse rogol pon ade. Lepas itu aku baring dan cuba menenangkan diri. Lepas itu keadaan aku semakin pulih, syukur alhamdullilah. Aku tidur sekejap lepas itu karaoke sorang-sorang nak release tention, cara yang pelik untuk hilangkan sakit. Lepas zohor aku attend kelas petang, diorang semua pelik tengok aku dah okey.

Aku rasa aku tahu sebab apa aku kena demam dan sakit kepala sekejap. Semenjak akhir-akhir ini hidup aku agak tunggang-langgang. Dah berapa minggu aku tidur 3-4 jam sahaja dalam sehari. Banyak sangat kerja, dengan presentation, assignment, report then study untuk quiz dan test. Memang sangat-sangat padat. Pemakanan aku pun tak teratur. Seingat aku last aku makan nasi adalah dua hari lepas. Aku makan pun tak ada masa, dah lama tak makan benda yang berat-berat. So kombinasi tak cukup rehat dan kekurangan tenaga, karbohidrat dan lain-lain, hasilnya aku jatuh sakit. Serius weh, kepala aku sangat sangat sangat sakit. Pengajaran di sini, jagalah diri anda sebaiknya. Oleh itu mulai saat ini, walau sibuk mana pun aku, aku mesti tetap jaga kesihatan aku. Syukur aku sakit sekejap saja, dibuatnya aku jatuh sakit betul-betul satu kerja pun aku tak boleh buat. So sia-sia lah.

Labels:


» Tuesday, March 2, 2010 / -8:02 PM
Tertaksengaja

Hari ini, ada amali dekat Concrete Lab. Disebabkan kami sangat cergas dan berintegrasi, lect suruh buat 2 amali sekaligus. Ok lagi la, last week buat sekali 3 amali! Seronok kot main dengan konkrit, pegang konkrit basah rilek je guna jari. Lepas tu kulit terasa lain macam. Lepas tu main dengan mesin sesuka hati. Lepas tu kan, time nak basuh peralatan. Aku pecahkan satu cylinder doh! Berlaga dengan cylinder member aku tapi cylinder aku plak yang pecah. Ini semua salah Zaki! =p Lepas tu nak cover tapi 3 saat lepas cylinder tu pecah lect pun cakap 'pastikan alatan kamu tak pecah' tapi dah pecah dah pun. Lepas tu lect datang kat aku dah dia tanya 'dah pecah ke?' Macam karma plak, mana dia tau aku dah pecahkan. Lepas tu dia ugut aku bayar gantirugi 30 ribu. Bapak! Haha.

Oh ini cerita tambahan, pada hari yang same gak. Masa dalam Lab CAD, kitorang tengah khusyuk designing dalam Autocad. Kitorang tengah buat assignment, pair work. Memang khusyuk gila ah. Tiba-tiba, semua komputer terpadam! Skrin blank! Meraung classmates aku. Dahsyat gila kot dengan tak semenanya komputer terpadam time buat autocad, ingat senang ke nak design dalam autocad? Memang huru-hara kat dalam tu, sebab ramai yang tak save assignment diorang so bile komputer off, memang hilang la design diorang. Tapi pelik, aircond dengan lampu tak padam just komputer je, ala ala macam kena hack la macam dalam cerita terminator tu. haha. Ia berlaku sebanyak dua kali! Tapi disebabkan aku ni cermat dan berjiwa murni, awal-awal aku dah save. Jadi bila komputer off dua kali, design kittorang still ada!

Labels:


» / -7:54 PM
Weekend

Weekend lepas aku ikut mama ke office dia. Saje-saje nak menyibok, sebelum ni pun aku jarang nak menyebok. Sebenarnya nak pinjam kereta sebab aku nak gi low yat. haha. So sebelum lunch aku dah membelah dari office mama ke low yat. Aku nak beli Microsoft Office, sebab laptop aku dengan desktop dalam bilik aku punya office dah expired. Kalau tak silap dulu untuk 3 user, 100 hinggit gak time aku usha kat low yat aritu tapi aku pegi tadi 160 lebih plak, semua kediai lebih kurang sama. I couldn't believe this! T.T Later disebabkan dah lapar, lepask Starbucks kejap. Layan latte dengan ipanema sambil termenung sorang-sorang tengok orang lalu-lalang. Kesian aku.

Labels:


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐