click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Friday, April 10, 2009 / -9:44 AM
Lindungi Maklumat Perbankan Anda!



Bank Negara Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dengan sindiket haram yang meminta maklumat perbankan peribadi anda. Rahsiakan maklumat perbankan anda sekiranya menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) yang mencurigakan. Anda mungkin ditipu kerana mereka akan mendakwa mereka dari bank pusat iaitu BNM atau bank-bank komersil lain. BNM juga mengisytihar bahawa tidak wujud jabatan yang dikenali sebagai 'Unit Kad Kredit Palsu' di Bank Negara Malaysia seperti yang didakwa oleh sindiket berkenaan. Bank pusat itu juga menafikan dan berkata mereka tidak pernah sesekali menghubungi sesiapa untuk meminta maklumat perbankan peribadi menerusi panggilan atau sms.

Bank Negara Malaysia itu juga berkata , berdasarkan aduan orang ramai, mereka meminta maklumat perbankan anda adalah untuk tujuan mengeluarkan wang daripada akaun simpanan anda secara rahsia. . Bilangan kes itu juga semakin serius dan menunjukkan peningkatan. Berdasarkan siasatan yang dijalankan olen Bank Negara Malaysia , modus operandi kegiatan mereka tampak seperti benar-benar berlaku seperti berikut :

____________________________________________________________________________________

Mangsa akan menerima panggilan atau sms meminta mereka mengesahkan suatu transaksi kad kredit bagi pembelian barangan atau caj yang dikenakan keatas kad kredit mangsa yang mana mangsa tidak langsung pernah membuatnya

Apabila mangsa menghubungi penipu tersebut mereka akan mengaku bahawa diri mereka adalah wakil sesebuah bank komersil atau ejen bank pusat.

Apabila si mangsa menyatakan bahawa mereka tidak pernah melakukan transaksi terbabit maka penipu akan membuat keadaan seolah-oleh mangsa sudah ditipu oleh seseorang individu yang lain dan penipu tersebut akan berlakon solah-olah prihatin dan menasihakan mangsa agar membuat laporan ke 'Unit Kad Kredit Palsu' di BNM atau 'Jabatan Pengurusan Kad Kredit' jikalau bank komersil walhal jabatan-jabatan tersebut tidak wujud.

Penipu terbabit kemudian akan membekalkan nombot telefon 'Unit Kad Kredit Palsu' di BNM atau 'Jabatan Pengurusan Kad Kredit' di bank komersil lantas si mangsa terus terpedaya lalu menghubungi nombor yang disangka boleh dipercayai itu.

Apabila mangsa menghubugi nombor berkenaan , mangsa akan dilayan dengan mesej suara komputer atau berautomasi seolah-olah benar-benar menghubungi sesebuah institusi bank .Panggilan itu kemudiannya akan dijawab sesorang yang mendawa pegawai BNM . Pegawai penipu terbabit akan meminta nombor akaun kad kredit mangsa dan maklumat perbankan atas alasan untuk membuat laporan ke pihak atasan.

Penipu terbabit akhirnya mempunyai maklumat mencukupi untuk memindahkan wang dari akaun bank mangsa secara haram sementara mangsa berasa lega kerana menyangka dirinya sudah terselamat .

___________________________________________________________________________


BNM mengingatkan orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak sebelum pengesahan daripada BNM.




▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐