click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Wednesday, December 16, 2009 / -7:07 PM
Exam dah habis!


Dec 15th

Alhamdullilah syukur kepada Yang Esa, semalam saya baru sahaja habis paper last untuk final exam saya. Ini menandakan Semester Satu sudah tamat buat selama-lamanya. Yahoo! Gubye MT SC BI PI CT EMC UK . Keluar saja kampus saya terus ke kl sentral pastu bincang-bincang dengan member pasal gath kat genting.

Macam taik seyes aku bengang gila, bayangkan daripada 15 orang yang dah konfem gila gila na join tetiba sekor sekor hantar mesej 'sorry aqmal aku tak dapat join' ' aku tak jadi la sorry aw' 'aqmal sorry sangat sangat' kan macam cibaih! Padahal diorang yang request kat aku supaya buat gath, so aku buat then aku cadangkan kat genting. Semua setuju pastu ayat bapak berapi konon beriya na join. Tapi last last taik yang dibagi kat aku. Aku penat la nak menguruskan benda-benda yang macam bodoh ni.

Tapi aku tetap pegi, so aku pegi kl sentral aku beli sembilan tiket je. Sembilan orang tu je yang memang boleh harap, sebenarnya ade lagi yang na join tapi aku tetap beli sembilan sebab aku takut diorang last minit cancel gak, so nanti siapa yang rugi? aku la jugak sebab aku yang keluar beratus-ratus na bayar duit tiket tu dulu. Diorang bukan pikir pasal orang lain, na buat keputusan main sukati je, tak pikir perasaan orang lain.

Selepas itu saya terus ke Sunway Pyramid. Saya pergi shoping sorang-sorang. Ahaha, na enjoy sebab baru lepas exam! Dalam masa tiga jam dah beratus ratus saya habis, haha masuk Topshop Sub Esprit dan BodyShop. Lantak laa, bukan selalu.


Dec 16th

Hari ini, lepas mandi terus bawa makcik saya ke supermarket beli sayur buah ikan dan lain-lain. Lepas Zuhur saya ajak nenek saya Tokwan makcik saya Mak Utih dan Toksol bibik jalan-jalan putrajaya. Diorang kalau diajak berjalan nak saja. haha. So kitorang pusing-pusing putrajaya, Tengah laju dekat highway tetiba Tokwan tertekan suis tingkap so tingkap terbuka dengan sendiri, terus menjerit-jerit semua sebab terkejut. Aku dah gelak gila, Toksol kate diew ingatkan lori sebelah nak himpit kereta kitorang sebab Tokwan menjerit then diew pun menjerit sekali. ahahah

Otw na baik hujan giles yang amat, aku bawak macam kura-kura sebab tak nampak jalan langsung. Sepanjang jalan kalau terlanggar lubang ke hape mesti Tokwan melatah, hahaha kekadang lubang kecik pun mesti dia melatah, lepas tu kalau bibik bercerita memang tak boleh stop kadang-kadang cerita yang sama diulang sampai tiga kali. Tokwan gelak gila-gila dengar Toksol punya cerita sebab ceritanya beruang-ulang. hahaha. Pastu dah sampai rumah terus singgah pasar malam. Sasaran saya mestilah Ayam Percik! OK bye


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐