»
Tuesday, January 19, 2010
/ -6:05 PM
Second Semester start's now!
Assalamualaikum, suda lme aku tak update en. Mesti korang rindu kat aku haha, perasan. Ok artikel kali ni special edition punya sempena bermulanya
semester kedua aku. Kelas start hari isnin 18/1/2010 disebabkan jadual belum dapat kami datang seawal 8 pagi . Lepas tu aku naik ke office nak mintak jadual kat PA. Tapi nasib agak malang kot, PA kitorang belum dapat jadual dan katanya dalam proses nak dapatkan jadual. Setelah lame menunggu PA aku yang kate nak call tapi tak call call, so aku la yang call. Tengok tengok dia suruh aku mintak sendiri kat office, pulak aku tak tau sape aku nak carik dan nak mintak kat mane. So aku
terkinja-kinja sorang sorang kat situ, haih =.=
Akhirnya ade sorang lecturer ni bagi slip jadual untuk kelas kitorang, syukur. Lepas tu aku turun kat lobi, kasihan budak kelas aku je yang
bergelimpangan kat situ, budak budak kelas lain semua dah masuk kelas, haha kami terasa seperti diabaikan dan dianaktirikan seketika. Bila tengok jadual, kelas start pukul 2.00! sekarang baru pukul 9 kot. So student
bertempiaran balik ke rumah masing-masing. Aku plak keluar makan dengan member aku ni, canggih kot nak carik kedai makan sampai nak guna
gps =D lepas tu aku menyemak kat apartment member member aku ni. Lepaking disana sampai sempat tido lagi.
Kat sane diorang tak habis habis nak rekrut aku join rumah diorang, kasi lebih ramai so sewa pun lagi murah. haha, aku ta sure la na duduk rumah sewa sebab rumah aku bukan jauh sangat dengan kampus. Lepas solat kitorang gerak pegi kelas. Kelas pertama untuk semester dua ni adalah Structural Mechanics, berkaitan dengan struktur binaan dalam civil la. Sumpah kelaka bile lecturer cina tu translate english ke bahasa seperti unknown ke anu, bunyik bertambah lucah bila dia cakap
' kita nak ape kelas? kita nak anu! ' dan
' kita mesti kira berapa anu kita ' hahaha, dia sebenarnya merujuk kepada topik
support and reaction on structure tapi kitorang tersalah translate dan asyik gelak sepanjang kelas.
Hari ni pulak kelas start pukul 8 dan pagi hujan lebat gila daripada tengah malam tadi. Sebab dah lambat dan takot jem aku naik motor gak dan mak aku paksa aku pakai
rain coat yang kuning menyerlah dan sangat tebal, haih
sungguh memalukan apabila turut dipakai dengan seluar dia sekali. Tengah hari tu aku ke apartment member aku lagi, tak malu merempat rumah orang. Pastu diorang mandi
swimming pool tapi aku tak join, bace paper kat tepi je. Tu pun berapa kali percubaan nak tarik aku ke dalam kolam berjaya digagalkan, haha kejam betul korang ni. Ok sekian saja laporan untuk kali ini, sekian terima kasih.
17 juta komen
▲ Back to top