»
Wednesday, April 29, 2009
/ -12:39 PM
Sembah Derhaka!
al kisah tersebutlah kisah
sebuah negeri bawah angin yang dilanda
ribut politik dan rampasan kuasa
seperti sedia maklum oleh sipahi-sipahi Negara
negeri Pevrak masih tak sudah dilanggar taufan
kemelut politik tiada penghujungnya.
♠
bahkan semua rakyat jelata tahu pada
Pilihan Jalanraya Umum 12 yang lalu
parti Rakyat Berpakat memenangi majoriti lalu
membentuk Dewan negeri diundang. selaras
dengan undang-undang dunia Negara.
♣
sehinggalah 3ekor Kelawar berpaling keluar gua
lalu menyorok dalam Lubang musuh.
seteru memberi peluang Perbarisan Nasional mengambil alih
tampuk pemerintahan Pevrak. si Nazar tidak berpuas hati
lalu pohon perkenan diraja merombak kerajaan Pevrak
♦
sementalaah itu si Embi haram bermaharajaleleh
seluruh parti mula campur tangan dalam isu besar
rampasan kuasa ini sehingga dibawa ke Mahkamah tinggi
untuk mencabar kedudukan embi haram tersebut.
tetapi diraja enggan membubarkan Adush Negeri
sehingggalah parti Rakyat Berpakat termasuk si Nazar
dicop memohon sembah derhaka.
♜
timbul pula kes Kapal Berdesing mahu menyaman diraja Pevrak
mulalah si Kapal Berdesing ditahan dan dikurantin kerana
didakwa mencabar institusi diraja. tetapi diraja Pevrak diam saja.
walhal si Kapal Berdesing seorang peguam yang mahir perundangan
manakala diraja turut mahir perundangan . tetapi diraja diam saja.
kerana mereka tahu. undang-undang negara telah dirombak
pada era Mahakedir yang membolehkan diraja disaman
jikalau melakukan kesalahan.
♛
maka itu diraja perintahkan si Nazar turun jawatan dan Embi haram berkuasa
jadi Nazar turuti saja dan masih mahu perjuangkan pertinya
yang didakwa telah dirampas kuasa secara tidak ikut perlembagaan.
mereka menuntut Pilihan Jalanraya baru diadakan supaya
lebih jelas suara Rakyat mahukan siapa memerintah
bukan sewenang ditentukan oleh Sesiapa begitu sahaja
♞
pernah suatu zaman dahulu diraja Pevrak yang terdahulu
memerintahkan Embi Pevrak zaman ketika itu turun jawatan
bezanya embi Pevrak ketika itu dari Perbarisan Nasional
tetapi Embi itu tidak juga melepaskan jawatan meskipun ditekan diraja
tidak pula Perbarisan Nasional dicop derhaka kepada
institusi diraja ketika itu.
tetapi sekarang si Nazar dari Pakyat Berpakat sudahpun turun
jawatan bahkan dilabel derhaka lagi.
▲ Back to top