»
Monday, July 27, 2009
/ -12:16 PM
Hargai Anda Yang Dihargai
Saje-saje nak post bende niw. Saya ingin mengingatkan anda semua dan diri saya sendiri supaya berhati-hati di jalanraya. Saban hari ada sahaja terpampang di dada akhbar atau kaca televisyen berlaku kemalangan ngeri di sana-sini. Statistik menunjukkan tidak kurang 3 orang kot akan mati di atas jalanraya setiap hari. Bayangkan sekiranya angka korban makin meningkat sehingga jalanraya bagaikan tanah perkuburan yang dahagakan darah dan nyawa manusia! huhuhu.
Minggu lepas dalam lima hari saya ulang-alik naik kereta ataupun motor, sebanyak 2 kemalangan telah saya saksikan . Paling kasihan , kemalangan yang membabitkan motosikal dimana berkecai badannya diatas jalanraya. Kisah sebenar disebalik kemalangan motosikal itu adalah begini. Di petang yang tak berapa nyaman, kenderaan berpusu-pusu melimpahi jalanraya dihadapan pintu masuk kampus aku.
Sebijik Mercs berhenti di lampu isyarat . Kemudian datang sebuah motosikal , dan dipecahkannya tingkap sisi kiri Mercs terbabit. Mereka rupanya peragut! Mereka melarikan beg tangan wanita yang memandu Mercs terbabit yang diletakkan di atas kerusi penumpang disebelah tempat duduk pemandu. Perempuan itu mengejar motosikal terbabit sehingga dia merempuh peragut-peragut terbabit dan motosikal mereka terpelosok dibawah tayar Mers terbabit.
Manakala 2 orang peragut itu melayang dan bertembung dengan teksi dari arah bertentangan. Paling menyanyat hati , kedua-dua peragut itu adalah adik-beradik. Si adik mati di tempat kejadian manakala si abang dikejarkan ke hospital. Sungguh dahsyat , baru sahaja melakukan dosa tetapi Allah membalas time tu jugak , adik-beradik pula itu . Kasihan kepada kedua ibu-bapa adik-beradik peragut itu.
Tadi pun , seorang member aku ta datang class. Member aku cakap diew accident time otw na balik hostel semalam. Diew accident ta twu laa teruk macam mana tapi dapat MC seminggu. Jadi bersama-sama lah kita berhati-hati di jalanraya. Pandu , Tunggang dan Jalanlah dengan selamat. Moga kita sentiasa dilindungi Allah swt. Amin.
Anda
hargai
Diri anda
hargai
Nyawa anda
hargai
Akal anda
hargai
Agama anda
hargai
Diri anda
[ Comment at The Comment Chamber ]
▲ Back to top