RAYA PERTAMA
Aku bangun tak berape nak awal, lepas mandi get dressed pastu terus ke masjid. Jalan kaki jewp ke masjid dengan pacik aku. Buat pertama kali ada ruang kosong dlm masjid so aku terus duduk. Datang awal kot selalunya tiap-tiap tahun mesti kene tunggu sebab masjid penuh sangat. Aku sembahyang sunat aidilfitri dengan penuh istiqamah dan ikhlas, hehe. Balik masjid aku lumbe dengan pakcik aku plakk.
Tunggu semua dah siap mulalah sesi kemuncak iaitu salam-salaman. Tahun ni aku maintain , tanpa lelehan air mata haha. Pastu serbu dapur lah melantak bagai nak rak, dah sebulan tak makan. Sambil-sambil tu collect dwit raya, sape yang lupe nak bagi tu aku tuntut! punyalah tak malu.
Seterusnya beraya ke rumah jiran-jiran rumah nenek aku. Pelik-pelik rumah diorang dah laa tak bagi aku duit raya, hampa perasaan aku. Petang tu mendung, agak pelik lagi musykil pada pemerhatian aku setiap raya pertama cuaca pada sebelah petang mesti mendung atau pun hujan, aman saja. So semua terbongkang laa, letih sangat smpai tertidur. Malam just duduk duduk makan makan dan makan.
RAYA KEDUA
Pagi tu my dad pun sampai ke rumah nenek saya, kasihan my dad kena kerja pada raya pertama, susah jadi pegawai korporat mcm ayah saya ni, haha. Lepas makan makan kami bertolak dari gombak ke johor. highway sesak masyaallah, raya kedua pun masih sesak. Kereta singapore pun berlambak, kasi menyemak saja. Petang kot sampai kampung, dengan berhenti berhenti kat r&r nak kencing lagi. Owh ade satu r&r tu kan kitorang nak masuk toilet tapi toilet penuh! so orang beratur panjang nak masuk toilet, macam kelakar.
Malam tu aku dengan cazen aku berborak laa, jumpe setahun sekali ape lagi nak dibwat kan. Pastu tengok citer congkak, bapak best tp cerite aku dh tengok kat wayang dulu, dan best yang aku maksudkan adalah suasana tyme tu. Kitorang kasi gelap satu rumah duduk ramai-ramai depan tv pastu menjerit-jerit bile babak suspen. Memang i likeee, haha. Yang pompuan lagi tak bley blaa dah macam histeria padahal citer mcm bodoh je. haha. kazen-kazen aku yang dah kawen ke atau yang study lagi sumew same je, kasi gegar satu rumah.
RAYA KETIGA
Menziarah rumah jiran-jiran kampung aku. Rasa mcm sekejap sangat masa berlalu, tahun lepas dah datang raya pastu tetiba dah raya lagi sekali. ishishish. Pastu macam biasa, aku langsung tak dapat duit raya! dambaan berpeluh betul lah! Petang tu gerak ke batu pahat plakk iaitu rumak pacik aku. Makan makan makan pastu balik. letih beraya dari pagi sampai ke malam.
RAYA KEEMPAT
Pagi tu dah siap-siap sebab kitorang dah nak gerak ke pahang plakk. Lepas salam-salam, family aku, family ucu, family pak lang, family andak, family pak uda berangkat ke pahang iaitu rumah pak ngah aku. kitorang tido sana satu malam. Berjalanan jauh yang amat, nak termuntah aku. Bontot semua dah sakit-sakit.
Petang tu best, kitorang pergi kebun pak ngah aku. Kitorang jadi keluarga penternak! haha kat sane ade taik lembu sebab ade bela banyak lembu dan ayam.
RAYA KELIMA
Lepas menikmati sarapan kami bertolak ke KL. Feel raya dah nak abis dah. Otw tu singgah laa rumah sedara aku yang bersepah-sepah kat Malaysia ni. Sempat ke rumah Pak Ngah aku kat seremban, lepas lunch ke rumah kazen aku plakk. Akhir sekali ke rumah Pak Anjang dekat sepang. Malam tu baru sampai rumah. Puas aku beraya , seminggu kot takde kat rumah. Dan akhirnya aku berada di rumah sekarang, home sweet home. Tapi sebenarnya banyak lagi rumah sedara tak pegi lagi, later-later ok raya sebulan kot.