click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, December 21, 2009 / -11:43 PM
Haji Mama & Abah

Syukur alhamdullilah, pada 18 disember 2009 mama dan abah telah selamat sampai ke Malaysia dari Tanah Suci. Pada hari tersebut keluarga Pak Andak dan Pak Ucu datang rumah saya sebelum tengahari dan siap-siapkan untuk makan-makan di rumah saya. Seronok melihat mereka buat persiapan bagaikan tuan rumah walaupun tuan rumah yang sebenar sedang dalam flight. Pukul 3 lebih kami bertolak ke KLIA dan terus menunggu di Arrival Hall, tetiba flight delay sejam lebih. Akhirnya bila nampak beberapa pak haji dan mak haji keluar dari arrival hall, semua orang serbu laluan utama arrival hall, ramai gila orang.

Pastu nampak parents saya dari jauh, kami terus jerit panggil mereka sambil lambai-lambai, haha. Agak tak matang, maklumlah dah lama tak berjumpa. Serius, parents saya nampak lain dan entahlah. Pastu peluk cium semualah. Parents saya terkejut melihat ramai relatives yang datang jemput diorang, ada family Pak Andak Pak Ucu Pak Anjang Pak Lang Mak Utih dan Tokwan plus family belah mak saya ada Opah Atuk Mak Su Cik Ja dan Pak Anjang so agak meriah nak manyambut kepulangan parents saya. Kemudian makan-makan di rumah saya.

Rasa sekejap ja since parents saya pergi sana pada 4 November lalu. Hari itu sudahlah birthday saya, haha. Masa hantar dekat Tabung Haji Kelana Jaya tunggu lama barulah parents saya boleh check in, pastu dengan hujannya. Masa dekat sana meriah gila, ade ke orang nak pergi haji diorang menjerit-jerit nama parents diorang sambil bersorak dan tepuk-tepuk tangan. haha, dah macam ada pesta bukan nak hantar orang pergi haji. haha! Ada satu hari tu kecoh pasal penstrukturan semula jadual penerbangan balik jemaah haji Malaysia, kemungkinan parents aku balik lebih lewat daripada 18 Disember. Tapi nasib baik parents saya pergi haji melalui swasta bukan tabung haji, so jadual tak lari. Paling best, semua flight yang parents saya naik dapat first class, haha kat Mekah pun sekarang dah moden bukan macam dulu lagi.

Apa apa pun syukur parents saya sihat selamat dan telahpun selesai menjalani ibadah wajib bagi umat islam iaitu haji.







▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐