»
Friday, January 22, 2010
/ -7:17 PM
Lebai Malang
Ok, hari ni saya nak cerita pasal member saya sorang ni. Nama dia Aril (memang nama sebenar) hari ni dia memang bongok sangat dan merupakan hari malang dia. Pagi tadi masa dalam kelas wallet dia terjatuh atas lantai lepas tu saya sorokkan, dia pun mencari wallet sampai separuh gila lepas tu merayu rayu kat saya supaya pulangkan balik, dia ni tau aje kalau aku mendajal die. Lepas kelas dah habis kami ke food court nak pergi lunch, lepas tu kunci motor dia pulak hilang! Member member aku semua tuduh aku yang ambil, siyot padahal memang saya tak ambil. Diorang cakap saya muka tak boleh percaya, penuh tipu muslihat dan senyuman yang sinis, HAHAHA power kan ayat diorang? sampai hati betul. Aku tak la sejahat itu, haha
Lepas tu dia berusaha menjejaki kunci tersebut. Rupanya kunci tersebut tertinggal kat motor, namun kunci tersebut sudah tiada, tapi surat merah yang melekat kat motor dia. Surat merah tu adalah surat saman haih kami memang strict, salah sikit kena saman. Bayangkan sebab tertinggal kunci, nak tuntut balik kunci tu kena bayar saman RM100 . Haha malang betul. Lepas tu kitorang balik apartment. Masa nak solat jumaat si mamat ni lupa yang dia dah kunci motor. Dia start motor terus jalan, then kunci mangga tu boleh patah kat tayar motor dia sebab dia lupa nak buka kunci mangga tu. Haha, pekebenda la budak ni.
26 juta komen
▲ Back to top