Genting Gath
Yaw! 20 Disember 2009 hari ahad lepas aku dengan bebudak classmates lame aku ade gathering dekat Genting Highlands ! Niw gathering yang ke berapa entah sejak habis sekolah pada 2008. At first gath ni nyaris dibatalkan sebab beberapa belas orang je yang nak join, macam siyal gila diorang suka cancel last minit menyusahkan aku je. Tapi pegi mampos dengan mereka yang ta join sebab walau sikit orang kitorang tetap akan gegarkan genting tu. Jadi walaupun 13 orang yang join tapi gempak jugak haha.
Berkumpul kat KL Sentral, bapak lambat sampai sebab ktm dari klang lembab nak mampos, bas genting kitorang bertolak pukul 10am dan kitorang lagi sepuluh minit bas nak blah kitorang baru sampai platform ktm, so berlari-lari la semua. 9 orang naik bas pertama dan 4 orang naik bas kedua iaitu pukul 11am. Dah sampai Station Skyway gila orang ramai, bayangkan kitorang yang 9 orang beratur sampai yang 4 orang naik pukul 11 tu dah sampai station skyway pun kitorang tak naik cable car lagi. Memang berjam, pastu yang 4 orang tu terus mencelah belakang kitorang tak payah nak beratur panjang yang sampai sejam lebih tu. haha
First ride mestilah buaian, kanak-kanak riang semuanya. Pastu masuk rumah hantu yang macam bodoh, kitorang terpinga-pinga apa yang hantunya. Pastu berlari-lari ade ride yang kitorang dah beratur tetibe closed, hujan sikit dah tutup patutnya hujan hujan la bukak baru la thrill! Then main kapal hayun-hayun. Haha bapak best kitorang split dua satu duduk hujung kiri satu duduk hujung kanan. Pastu berlawan-lawan time one of us ade kat puncak dan jerit-jerit sape paling havoc, ade group chinese ni pun join haha gila la diorang.
Then terus terjah roller-coster, baik punya. Nak lagi ekstrim naik plak space shot yang tinggi gaban tu. Cucut (bukan nama sebenar) seat sebelah aku sepanjang masa meraung-raung sebab diew takut gila, panggil emak semua haha! Time jatuh tu sumpah best, terapung dan sakit bontot hahahaha, ride ni tak ramai within us yang naik sebab diorang takut, afes (bukan nama sebenar) boleh plak lompat keluar barisan sebab takut nak naik haha!
Pastu main go-kart, first time kot aku main, tapi menunggu barisannye gila gila lama. Pastu pusing-pusing amek gambar la, Then dah petang, dekat pukul 5 time kitorang nak balik hujan turun. Sebab ride semua dah tutup kitorang pun g makan, dari pagi tak makan ni weh! Dah nak balik kitorang terkejut kot sebab skyway ramai gila orang, lagi sejam kitorang kena ada kat skyway bawah so terpaksa naik teksi hahaha
Dah sampai kat skyway bawah tetiba ade konduktor bas cakap bas ke kl sentral mungkin delay sebab semua bas dah tak berhenti kat skyway bawah tapi terus naik atas. Skyway dah stop sebab angin kencang. Gila bapak, yang tadi ramai-ramai kat skyway atas smua terkandas la. haha so kitorang naik bas yang ke bukit bintang bukan ke kl sentral. De tour lah pulak tapi best jugak, turun dari genting terus merayau bukit bintang, malam-malam pulak tu. hahaha
Bila nak balik kitorang naik monorel ke kl sentral dan naik ktm pula . Dalam ktm semua setakat sengih-sengih je, penat gila nak bercakap pun ala kadar je. Aku parking kereta dekat ktm klang so turun ktm terus balik rumah. Parents aku pun tade kat rumah sebab diorang hantar nenek aku balik kampung, tapi bila aku sampai rumah je rupanya parents aku pun baru sampai rumah, Kereta diorang masuk dalam porch dan kereta aku parking belakang kereta diorang. Haih best gila hari ni. Dah la musim hujan, sejuk kat genting ber double double. Memang best yaw, kepada korang yang tak join kitorang hari tu, tuuuut you!