Gurauan Fuck
Haih, sungguh lah menyampah. Apa perasaan korang kalau orang selalu bergurau dengan korang? Mestilah suka kan? Aku pun suka bergurau. Tapi aku paling menyampah kalau orang bergurau dengan aku pada masa yang kurang sesuai. Kadang-kala kalau korang hang out dengan member mesti la tak bawak beg terutamanya lelaki macam aku, jadi barang-barang korang mesti la tumpang kat beg orang pompuan sebab diorang yang selalu bawak handbag semua.
Lepas tu suka sangat bergurau sampai semua benda boleh dibuat gurauan. Aku benci gila kalau aku tengah serius tapi orang lain gelak-gelak main-mainkan aku. Aku selalu tumpang barang kat beg orang lepas tu orang tu suka buat-buat macam aku tak penah bagi barang tu dekat dia. Kelakar sangat ke gurauan macam tu. Lagi-lagi kalau barang yang aku simpan kat dia tu bernilai ribuan ringgit macam kamera atau kunci kereta. Ini berkenaan soal integriti dan tanggungjawab. Kita dah bagi barang tumpang kat dia lepas tu boleh pulak dia berlakon macam barang tu dah hilang.
Lepas tu kita pun kelam-kabut mencari barang tu kononnya barang tu dah hilang, padahal barang tu ade dalam beg dia. Memang kelakar sangat ke buat guaruan macam tu? Bukan sekali dibuat tapi dah banyak kali. Aku tahu la niat nak bergurau tapi janganlah sampai gurauan ko tu ko sorang je yang ketawa tapi orang lain terasa. Jadi lepas ni kalau nak bergurau biarlah kena pada tempatnya. Kalau orang gelak ko pun gelak la tapi kalau orang serius tolonglah serius.