»
Sunday, December 27, 2009
/ -11:15 PM
PLKN 1st Anniversary Part 1
Warghhh, do you have any idea what day is today? It's sunday of course, but what is the date? haaaa, it's 27 december 2009. Well why is the date is so important to me? Some people might not understand but these date is the keramat date to me. Last year on the very same 27 December but 2008 i was sentenced to the most torturing place on earth! It's the PLKN camp! Haha, so it's the first anniversary from the date i flew to Kem PLKN Bumimas, Sibu Sarawak.
PLKN PART 1
But it wasn't so bad there. Masih menari-nari di ingatan saya pada hari tersebut saya dihantar ke Stadium Shah Alam pagi-pagi buta. Kemudian check-in dan jantung saya berdebar-debar nak mampus. Dalam pukul 8 kot kami naik bas, aku mula mencarik geng. Awal-awal kami sudah kena sound sebab bising dalam bas. Sampai KLIA dan naik flight ke Kuching, kemudian naik kapal terbang buruk yang guna enjin kipas ke airport Sibu. Kami ternganga besar-besaran melihat kekurangan di Sibu (kami orang KL, anak bandar moden hahaha) Pastu naik bas buruk ke Kem Bumimas
Saya terlebih dahulu menyiasat latarbelakang Kem Bumimas dan tidak terlalu terperanjat apabila mengetahui, kem kami dikelilingi bukit, yang merupakan perkuburan cina. hahaha babi dekat gila gila babeng. Paling best ketika kami sampai, kem tersebut tenggelam sebab banjir (masa tu memang musim banjir kat sibu) So seronok gila kan baru datang dah kena tempuh banjir? Saya turun saja bas, tetibe dah rasa nak balik haha! Kem kami ade dewan besar yang sangat tinggi so tak kena banjir, dan kami mendaftar di situ dari satu kaunter ke kaunter yang lain.
Tapi, blok asrama kami ala-ala chalet, dibina lebih tinggi dari permukaan tanah. So bila musim banjir blok kami tak kena air, bahkan nampak eksklusif seolah-olah terapung atas air dan memang dah macam resort peranginan! Petang tu saya pergi beratur nak ambil barang, ada pegawai yang muka garang gila, cuak aku tengok tapi ada jugak yang melawak-lawak time nak collect kasut dan stokin. Saya gelak je walaupun saya tak paham langsung lawak diorang. Tengah terhegeh-hegeh pikul barang banyak gila saya mintak tolong satu budak sarawak ni, pergh budak u la orang first yang saya tegur sejak masuk kem ni.
Kami mengesot-ngesot bawak barang banyak gila dan kami berjalan atas meja yang dah di susun sebab banjir kan. Saya terpusing-pusing cari dorm saya, dan nama dorm saya Durian Belanda. hahaha! Katil saya second last dari hujung sebelah pintu. Petang tu jugak tetibe terserempak dengan member satu sekolah. Gila bapak terkejut nampak mamat dua ekor ni, excited kot akhirnya dapat jumpa budak yang aku kenal kat tengah-tengah kekalutan, kekeliruan dan kesejukan. Sekurang-kurangnye ade jugak la member, dah la aku ada kat celah kubur cina kat sibu sarawak, takde sorang pun yang aku kenal pulak tu, haih.
Malam tu semua buat muka seposen dan senyum-senyum kambing, so kami pun mula nak berkenalan. Lepas tu ada perjumpaan pertama dalam dewan besar, then ada perjumpaan dengan kompeni. Kat PLKN semua orang ade kompeni masing-masing dan kompeni saya adalah Charlie yaw aw aw! Malam tu saya sangat keletihan, jadi baring saja terus tidur. Pada minggu-minggu pertama, aktiviti masih belum dimulakan, kebanyakkan ceramah dengan lembaga disiplin, komandar kem, pengenalan, peraturan dan ape kejadah semua.
Ok sampai sini saja cerita saya, Untuk PLKN ni saya ada banyak cerita nak ceritakan, sebab itu ada Part 1 dan lain lain part. Kalau anda tanak baca suka hati anda lah, sebab saya tulis ni untuk diri saya sendiri bukan untuk orang lain. Saya ingin mengimbas kembali pengalaman saya di PLKN, sementara ia masih segar di ingatan saya. Supaya 30 tahun akan datang saya boleh baca semula artikel saya ini dan saya pasti akan tersenyum pada hari itu. hahahaha.
▲ Back to top