click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Wednesday, February 3, 2010 / -12:07 AM
Weekend


Jumaat lepas, uncle & auntie aku hantar dua cousin aku ke rumah aku.
Diorang sleepover until hari Isnin. So hari Sabtu, kitorang tangok movie Fame!
Bapak, semua full plus mereka mereka semua underage dan cerita pun banyak 18.
Kitorang dah mengeluh sebab entah hape entah cerita Fame tu. Tapi best kot cerita dia. Ala muzikal tapi lagi standard dari hsm, tarian dia semua gempak.
Mane tak nye koreografer dier, orang yang produce mv britney spears.
Lepas tu muzik dia memang sumpah meletop! Dah macam disko kat dalam panggung tu. Tapi filem ni tak se-fame macam name dia. Bagi orang yang ada sense of clubbing kot suka la tengok scene scene dalam citer ni.

Hari Ahad plak, aku rilek tengah study tetibe dengar orang mengekek ketawa kat luar. Pontianak mane plak mengilai time tengahari macam ni, dalam hujan plak tu.
Rupanya adik aku dengan cousin aku dah buat pesta air dalam hujan
Aku pun taley tahan, terus terjan hujan tersebut. Memula bajet nak amik gambar
sambil pegang payung dalam hujan, ala ditinggal kekasih gitu.
Last last dah main lari-lari dengan diorang yang macam kena rasuk semangat hujan.
Dengan semangat kesukanan yang berkobar dalam jiwa,
kitorang main badminton, tengah jalan, dalam hujan lebat.
Macam bongek, tapi best siak!

Petang tu, kegilaan sekali lagi melanda.
Aku masak hotdog, bubuh dalam tapewer. Diorang beli jajan kat kedai
Kitorang nak pergi piknik kat taman! Memang best, hujan lagi.
Hari ni je dah dua kali kitorang main hujan. Baru aku tahu
sedap jugak makan kuaci sambil hujan turun atas kepala. Seronok jugak
minum milo panas dalam hujan. Teruja betul berebut chewing gum dengan budak budak. Haih, best la piknik dalam hujan. Makan hot dog panas cecah sos resipi rahsia aku tu. Malamnye mak aku bawak kitorang dinner kat tempat biase.

Lepas tu dah hari Isnin, kelas aku start petang. Malamnye aku tidur rumah member aku, dan hari ni baru aku balik rumah. Cousin aku pun dah balik, flight parents diorang sampai petang so diorang balik bangsar malamnye. Tadi aku ade oral B1 sumpah best, aku pun tak tau kenape aku muke tak malu betul hari ni. lecturer aku siap puji yang group kitorang paling 'interesting' haha.

Labels:


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐