»
Friday, March 26, 2010
/ -9:02 PM
Kawan.
Sebenarnya tiada sangat yang hendak di cerita. Tapi saja posting, nanti blog terbiar pula, lama-lama lalang tumbuh panjang jadi sarang ular dan tikus pula. Siang tadi habis kelas kawan aku menggatal nak drive kereta aku. Jadi aku tak sampai hati nak mengecewakan perasaannya. Sebelum start enjin dia dah konon merendah diri katanya tak biasa memandu kereta manual, jadi aku agak terpana seketika. Tetapi disebabkan dia tetap berkeras mahu memandu jadi aku biarkan sajalah.
Hendak reverse parking dah jadi satu hal, dia boleh terlajak sampai langgar divider tepi jalan, nasib baik tak apa-apa. Hinggalah terjadi satu lagi kisah yang mungkin agak memalukan, aku sudah mengungut akan post cerita ini dalam blog tapi dia merayu agar aku tak berbuat demikian, katanya ingin menjaga kemaluannya, Tapi disebabkan aku baru saja menukar link baru dan blog ini masib tiada pengunjung yang stabil jadi aku tetap akan post cerita ini.
Nak masuk highway, jalan dia macam agak berbukit dan atas bukit itu ada satu traffic light. Dia sudah mula menggelabah bertanya apa yang perlu dilakukan atas bukit nanti. Terus tarik handbrake atau tekan cluth dulu atau teran brek atau lain-lain. Aku sudah pun bersiap sedia memegang satu file untuk menutup muka aku jikalau satu kejadian menarik berlaku. Dan akhirnya, diatas bukit itu pabila lampu bertukar hijau enjin pun mati. Buat seketika satu kereta senyap, aku dengan member lagi seorang kat seat belakang seakan tidak percaya ia akhirnya berlaku.
Member aku cuba menghidupkan semula enjin dan terus memecut. Akhirnya enjin kereta mati juga ditengah jalan yang sibuk, banyak gila kereta masa tengah rush hour plak, semua pemandu lain mengintai kami dari kiri dan kanan ketika memotong kami. Nasib baik kami semua muka tembok dan tak tau malu.
Labels: ownotra
»
Monday, March 15, 2010
/ -3:07 PM
Field Trip!
Sudah lama tak update blog. Serious aku rindu blog ini dan banyak sangat cerita aku nak cerita tapi aku memang tiada masa. Sekarang aku tengah mid sem break so ada lah masa nak update blog. So aku akan cuba catch up benda denda yang aku rasa nak dimasukkan dalam blog aku. Last week mentang-mentang minggu lepas sebelum cuti, lecturer macam biase bagi assignment dengan tutor banyak-banyak. Paling tak tahan test tiap-tiap hari ade! Dahsyat gila.

Speaking about mid sem break, hari sabtu lepas aku dengan classmates aku buat field trip! Kitorang ke Port Dickson. Even PD bukan lah tempat yang ideal sangat, tapi okey lah jugak. Hari Sabtu 13 March 2010 aku bertolak ke rumah member aku parking kat sane. Dalam pukul 7 malam baru gerak masuk highway. Total 9 orang je, empat pompuan lima lelaki and semua classmates aku gerak naik dua kereta, Aku naik kerata Zaki, Akim bawak lagi satu kereta. Zaki macam orang mabuk, kat highway hujan lebat gila gila dia boleh bawak 120. Sampai PD dalam pukul 9 kot dan hujan! =.=
Kami minum-minum dulu dan bila hujan dah reda kitorang pasang 3 khemah, yang lain siapkan nak buat bbq! Dalam pukul 12 malam aku pegi mandi kat public shower sebab petang tu aku tak mandi langsung haha. Best doh mandi tengah-tengah malam, mandi lama-lama dan betul-betul menghargai 50 sen per entry. Lepas tu melantak bbq memang sumpah sedap gila, bwat unggun api, tengah malam duduk tepi pantai. Damai je kot, walau unggun api kejap besar kejap kecik sebab kami menggunakan apa saja sumber yang ada sebab baru lepas hujan kayu semua basah lagi.
Lepas tu dengan karaoke, gitar, borak sampai pagi. Open cerita pasal macam-macam, gelak tak ingat. Rara digelar perempuan mengandung sebab dia pakai gaun macam stail orang pregnant, lepas tu aku masuk satu khemah dengan dia sebab nak pinjam buku tapi kena gosip plak, diorang cakap khemah goyang-goyang la ape lah. Kitorang ada bawak tikar besar lepas tu semua baring sambil tengok bintang, lepas tu tidur atas tikar padahal khemah ade. Tapi bila dengar bunyik anjing melalak-lalak, semua masuk khemah.
Bangun pukul 7 pagi terus terjun laut! Memang angin kencang dan air sejuk gila. Tapi semua feel je, mandi sampai tengah hari until orang dah start ramai. Kitorang ade main bola atas air lepas tu aku dengan beberapa member reka satu tarian dalam air. Gempak gila kot bila bwat ramai-ramai, dah macam komenwel. Nama tarian tu tarian Push De Pop, macam yang iklan retarded dalam tv tu. Later en kitorang main Banana Boat, to be honest ia merupakan first time aku try. Memula memang nervous gila sebab nanti dia campak kita kat tengah-tengah laut dalam. Tapi rupanya best gila, masa jatuh memang sakit tapi semua gelak-gelak so dah okey. Ada main tanam-tanam, memula tanam aku, diorang macam siyal buat tetek besar lepas tu bwat batang stim haha, later tanam Fiki dan last skali Zaki.
Lepas tengah hari kami pun berangkat pulang tapi lalu jalan dalam. Aku tertidur dalam kereta tapi terjaga bila dengan lagu 21 guns kat radio. Tak tau kenapa aku still suka lagu ni. Then singgah rumah member aku sebab para driver nak tidur. Malam tadi pukul 5 kot baru tidur. Lepas itu ke rumah member aku lagi sorang untuk lunch disana. Kemudian rancang nak tengok wayang kat Bukit Tinggi sebab dapat tiket percuma tapi si Zaki ade hal kne balik awal so kereta dah tak cukup.
Labels: ownotra
»
Friday, March 5, 2010
/ -7:38 PM
Night Out
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini. Malam itu aku sleepoever kat apartment member aku itu. Malamnye aku dah fully okey weh! Tenaga dah fully charged! Diorang cakap aku kena buatan orang, tu yang sakit sekejap. haha bodoh gila. Disebabkan aku dah okey, malam itu dalam pukul 9 kitorang keluar makan, lepas itu terus gerak sunway pyramid, naik motor plak tu! Gerek seh. Oleh kerana aku tak pernah naik motor ke sunway, sesat gila-gila nak carik parking motor. Paling sakit hati member-member motor lain dah jumpa parking motor tapi aku dengan sorang member aku ni menzazau kat basement cari parking motor. Berapa kali call tapi still tak jumpa. Diorang kata parking kat B3 tapi kitorang jumpa sampai B2 je, B3 tak wujud. Last-last jumpa gak tapi kosong gila. Member aku cakap dia dah rasa macam kat alam barzakh, dah la B3 buruk dengan simen tak siap, sumpah seram kot.
Banyak kali pusing kat tempat sama, hangin betul aku tengah-tengah malam tu. Dah la aku first time bawak motor ke sini, selalunya aku drive sendiri. Ini semua salah member aku sorang lagi! Aku nak pinjam kereta dia tapi dia tak bagi! Semua salah kau perez! Haha. Akhirnya dah jumpa parking then split kepada dua group, diorang nak main bowling tapi kitorang nak tengok wayang. Tengok cerita Book Of Eli, start pukul 11.55 pm until 2.00 am. Cerita dia okey lah jugak, first impression bila aku dengar cerita ini nak klua, rasa macam boring tapi disebabkan sorang member aku ni cakap cerita ni best gila so aku dah terpengaruh. Cerita agak kekristianan pasal hanya satu bible terakhir kat dunia nak dicetak semula. Tapi agak bangga bila Holy Quran pun ada gak dalam simpanan khazanah diorang. Pukul 3 pagi baru sampai rumah. Gamble gila ah, esok pukul 8 pagi ade kelas.
Cerita hari ini plak, aku la bangun paling awal. Pukul 7 still boleh solat subuh, member aku tu pukul 7.30 baru tergegeh nak solat. Apekebende lah, Malam tadi balik lewat gila, padahal ada kelas pukul 8. Tapi paling best kitorang sebenarnya ada 2 quiz hari ini, tapi tak study langsung! Contoh yang tak patut diteladani. So kelas macam biasa until kelas maths lepas solat jumaat. Kitorang tunggu lecturer tak sampai-sampai. Diorang dah packing barang nak blah sebab maybe lecturer tak datang. Tapi aku sebagai president kelas tak bagi diorang balik sebab lect kate nak buit quiz maths hari ini so mana boleh dia cancel kelas. Aku pun dah teruja kalau kelas maths dibatalkan. Dengan ngantuk tak cukup tidur dan tak study langsung untuk quiz lagi, haih.
Tiba-tiba jengjengjeng, datang seorang lelaki yang tidak ku kenali bertanya kelas apa sekarang dan lecturer dimana. Jadi aku explain yang lecturer tak datang lagi, lelaki itu kelihatan tidak sennag dengan jawapan aku memandangkan kelas sepatutnye bermula setengah jam yang lalu. Dengan penuh bangga dia suruh aku pergi office panggil Ketua Program ataupun Ketua Jabatan. Aku agak terkejut! Siapakah lelaki ini sehingga menyuruh aku memanggil Ketua Jabatan untuk berjumpa dengannya. Sedangkan jawatan Ketua Jabatan sangat tinggi dan apa yang perlu aku jelaskan sekiranya KJ tanya siapakah lelaki yang memanggilnya. Akhirnya aku memutuskan untuk memanggil Ketua Program. Puan KP agak terkejut apabila ada lelaki memanggilnya, pastinya jawatan lelaki itu sangat sangat tinggi!
Kami berusaha mengesan lecturer Maths yang entah kemana menghilang. Aku call tak angkat, last last lelaki itu sendiri yang call! Tapi tak berangkat juga. Lepas itu kes bertambah besar apabila dia call pegawai-pegawai lain untuk mengesan lecturer maths aku tu. Keadaan semakin pelik, siapakah lelaki itu, yang pastinya aku tak pernah lihat lelaki ini. Sampaikan PA aku pun turun. Sangat pelik ke mana lect menghilang. Kalau kelas batal kenapa dia tak bagi tahu aku? Tapi takkan lah kelas batal sebab semalam dia kata nak buat quiz. Akhirnya Ketua Program announce yang lecturer aku memang tak datang untuk hari ini. So kami pun balik lah. Akhirnya Ketua Program bagi tahu aku yang lelaki itu dalahlah Timbalan Pengarah dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia! Walah, patutlah dia berani suruh aku panggil Ketua Program atau Ketua Jabatan jumpa dia. Haha. So takde quiz lah hari ni. Tak rugi aku tak study! Haha ayat sepatutnye 'rugi aku tak study' tapi hari ni ayat bertukar jadi 'tak rugi aku tak study'
Labels: ownotra
»
/ -7:12 PM
Azab Kesakitan
Semalam antara hari paling dahsyat bagi aku untuk tahun ini. Semuanya bermula pada kelas pertama hari itu iaitu kelas Maths. Aku rasa macam pelik, aku bagi tahu member sebelah yang mata aku macam blur, macam berpinar. Serious lepas tu macam pening. Lepas itu kelas kedua iaitu kelas Contract. Aku mula rasa macam tak sedap badan. Lepas tu sakit kepala. Lebih parah kepala aku makin lama makin sakit. Bukan pening kepala lagi tapi dah bermutasi menjadi sakit kepala yang maha kronik. Rasa macam ada berpuluh anai-anai dalam kepala aku lepas itu gigit-gigit kepala aku dari dalam. Sumpah aku cakap sakit nak mampos, tak pernah kot aku rasa sakit kepala teruk macam ini. Sejam pertama dalam kelas Contract aku bertahan tapi makin melarat aku mintak izin lecturer nak balik. Tapi memang sadis bila lect tak bagi balik, alasannya dia takut aku pengsan kat tengah jalan. So aku terpaksa menahan lagi satu jam dalam azab itu.
Sepanjang kelas aku tidur. Tapi memang tak selesa tidur atas meja kan. Kuak lentang kejap kiri kejap kanan. Meja dah la keras, dengan bisingnye, sumpah memang terasa macam kat neraka! Pelik gila lah, tak pernah aku rasa teruk macam ini, time dalam kelas pulak itu. Habis saja kelas aku terus balik apartment member aku, aku terpaksa skip kelas BI sebab dah tak tahan, Aku singgah food court dengan keadaan terhuyung-hayang beli nasik dan beli panadol actifast. Sampai apartment aku makan walaupun takde selera dan telan sebijik panadol. Aku tengok muka aku kat cermin memang pale gila, mate bengkak, macam mangse rogol pon ade. Lepas itu aku baring dan cuba menenangkan diri. Lepas itu keadaan aku semakin pulih, syukur alhamdullilah. Aku tidur sekejap lepas itu karaoke sorang-sorang nak release tention, cara yang pelik untuk hilangkan sakit. Lepas zohor aku attend kelas petang, diorang semua pelik tengok aku dah okey.
Aku rasa aku tahu sebab apa aku kena demam dan sakit kepala sekejap. Semenjak akhir-akhir ini hidup aku agak tunggang-langgang. Dah berapa minggu aku tidur 3-4 jam sahaja dalam sehari. Banyak sangat kerja, dengan presentation, assignment, report then study untuk quiz dan test. Memang sangat-sangat padat. Pemakanan aku pun tak teratur. Seingat aku last aku makan nasi adalah dua hari lepas. Aku makan pun tak ada masa, dah lama tak makan benda yang berat-berat. So kombinasi tak cukup rehat dan kekurangan tenaga, karbohidrat dan lain-lain, hasilnya aku jatuh sakit. Serius weh, kepala aku sangat sangat sangat sakit. Pengajaran di sini, jagalah diri anda sebaiknya. Oleh itu mulai saat ini, walau sibuk mana pun aku, aku mesti tetap jaga kesihatan aku. Syukur aku sakit sekejap saja, dibuatnya aku jatuh sakit betul-betul satu kerja pun aku tak boleh buat. So sia-sia lah.
Labels: ownotra
»
Tuesday, March 2, 2010
/ -8:02 PM
Tertaksengaja
Hari ini, ada amali dekat Concrete Lab. Disebabkan kami sangat cergas dan berintegrasi, lect suruh buat 2 amali sekaligus. Ok lagi la, last week buat sekali 3 amali! Seronok kot main dengan konkrit, pegang konkrit basah rilek je guna jari. Lepas tu kulit terasa lain macam. Lepas tu main dengan mesin sesuka hati. Lepas tu kan, time nak basuh peralatan. Aku pecahkan satu cylinder doh! Berlaga dengan cylinder member aku tapi cylinder aku plak yang pecah. Ini semua salah Zaki! =p Lepas tu nak cover tapi 3 saat lepas cylinder tu pecah lect pun cakap
'pastikan alatan kamu tak pecah' tapi dah pecah dah pun. Lepas tu lect datang kat aku dah dia tanya
'dah pecah ke?' Macam karma plak, mana dia tau aku dah pecahkan. Lepas tu dia ugut aku bayar gantirugi 30 ribu. Bapak! Haha.
Oh ini cerita tambahan, pada hari yang same gak. Masa dalam Lab CAD, kitorang tengah khusyuk designing dalam Autocad. Kitorang tengah buat assignment, pair work. Memang khusyuk gila ah. Tiba-tiba, semua komputer terpadam! Skrin blank! Meraung classmates aku. Dahsyat gila kot dengan tak semenanya komputer terpadam time buat autocad, ingat senang ke nak design dalam autocad? Memang huru-hara kat dalam tu, sebab ramai yang tak save assignment diorang so bile komputer off, memang hilang la design diorang. Tapi pelik, aircond dengan lampu tak padam just komputer je, ala ala macam kena hack la macam dalam cerita terminator tu. haha. Ia berlaku sebanyak dua kali! Tapi disebabkan aku ni cermat dan berjiwa murni, awal-awal aku dah save. Jadi bila komputer off dua kali, design kittorang still ada!
Labels: ownotra
»
/ -7:54 PM
Weekend
Weekend lepas aku ikut mama ke office dia. Saje-saje nak menyibok, sebelum ni pun aku jarang nak menyebok. Sebenarnya nak pinjam kereta sebab aku nak gi low yat. haha. So sebelum lunch aku dah membelah dari office mama ke low yat. Aku nak beli Microsoft Office, sebab laptop aku dengan desktop dalam bilik aku punya office dah expired. Kalau tak silap dulu untuk 3 user, 100 hinggit gak time aku usha kat low yat aritu tapi aku pegi tadi 160 lebih plak, semua kediai lebih kurang sama. I couldn't believe this! T.T Later disebabkan dah lapar, lepask Starbucks kejap. Layan latte dengan ipanema sambil termenung sorang-sorang tengok orang lalu-lalang. Kesian aku.
Labels: ownotra
»
Saturday, February 27, 2010
/ -12:21 AM
Fuck Hewlett Packard
Guess what the thing that i hate the most? The answer is, my HP desktop computer! It's like, the stupidest fuckiest and the most unacceptable thing i have ever owned! The roots of this hatred toward my computer is it's always spoilt and i've sent it for repair for so many times and i just can't take it anymore.
Saya sangat geram dan marah terhadap komputer ini yang sepatutnya memudahkan urusan seharian saya. Tetapi komputer ini selalu rosak. Setelah dibaiki ia rosak kembali. Rosak dan rosak lagi. Sampai bila nak rosak. Aku dah menyampah, meluat dan rasa macam nak hempas je cpu ini. Lama-lama boleh kena sakit jantung aku ni.
But the thing is, I just bought this computer at end of 2008. And just image, how come it's already broken after just one year after purchase. My damn computer is a HP Pavilion not a kinky brand, but HP which everybody knows HP is a big player in computer manufacturing worldwide. But how could their product is such at a lower standard point.
Saya beli komputer ini di Harvey Norman pada 2008 dan baru setahun dah rosak. Komputer Hp ok, HP Pavilion lagi, bukan yang cikai punya. Harga pun boleh tahan, bukan setakat dua tiga ribu punya. Tapi macam mana benda ini boleh rosak dalam masa yang sekejap. Barang ni tiada kualiti langsung kah, company besar jual mahal plak tapi kualiti macam taik.
The computer 'died' for three times and i've sent the computer to the HP Service Centre for three times also. And the cost is not cheap you bloody asshole! For the first time which is on August 2009 i've to pay 350 ringgit for repair. The second time on September 2009 is free and the third one, on January 2010 i've to pay another 400 ringgit. Get the picture how my money flows that easy?
Paling aku sakit hati, komputer itu ada warranty setahun dan lepas setahun saja komputer itu terus ada problem. So repair sampai tiga kali dan berhabis 800 ringgit dalam masa beberapa bulan. Benda yang rosak adalah si bodoh motherboard. Benda yang buat aku meluap juga adalah first tukar motherboard bayar 350, then tukar lagi sebab rosak, then rosak tukar lagi dan kena bayar lagi 400. Benda yang sama rosak!
I'm totally mad when the problem is the same thing which is the motherboard. We keep changing the motherboard for three times and every time we change, it still got faulty. So when we turn on the computer, at first it will display the HP logo, then the Window Vista system will start to boot. But my case is, it stuck at HP logo only and the computer fails to boot. And that is the sign of motherboard faulty.
Lepas itu memang sialan dan pelik, kenapa bila warranty expired saja benda itu mesti rosak. Macam komputer selepas setahun beberapa minggu guna, dia pun rosak. Dan motherboard yang tiga kali tukar itu pun ada warranty 3 bulan. Yang first dan second tukar, masih dalam warranty dan yang third tukar warranty expired so dia pun terus rosak. Habis 800 untuk benda bodoh yang sama!
People might blame how the way i use my computer. But i treat my computer as it should be treated, just like any ordinary people did. I use my computer for internet surfing, checking emails, typing and printing, listening to musics, no heavy-worked for my computer. There is also no virus as i keep monitoring through Kaspersky and Norton. I switched off when lightning or after using it too long.So how could the motherboard fails for three times?
Jadi saya mengsyorkan anda jangan sesekali beli komputer HP! Ada yang cakap HP bagus tapi dalam kes saya, macam mana motherboard baru pakai tiga bulan boleh rosak, habis je warranty terus rosak dan telah ditukar sampai tiga kali. Nama HP dan besar, semua orang kenal HP tapi kenapa komputer aku macam taik? Mempunyai komputer yang sering rosak dalam bilik anda semestinya membuatkan anda tertekan, sakit hati dan boleh jadi gila bila bila masa saja.
So i told myself, that i will never ever buy HP product anymore! Such a lame and lag brand. Now since i've install new motherboard i wonder how long for this third motherboard will last. Is it 3 months only, just after the warranty expired then it will spoilt? Is there is any chance of the fourth time for this computer to have problem back again? I just can't take it if i have to go HP Service Centre again. I hate that place, and i hate HP computers! Luckly i still have my Vaio laptop. I don't trust Hewlett Packard brand anymore! Rubbish, metal junk and a waste of money!
Labels: ownotra
»
Friday, February 19, 2010
/ -11:42 PM
Malang Datang Bertimpa-Timpa
Haih, bala datang bertimpa-timpa.
Hari ini, aku bawa kereta ke kelas sebab
habis saja kelas aku mahu gerak ke bukit damansara terus
Namun, selepas bayar tol bukit raja
Dengan tak semenanya enjin kereta aku mati
Dah tu langsung tak boleh start.
Kereta aku terdampar lah kat tepi divider tengah jalan
lepas tol tu. Setelah aku berputus asa selepas mencuba
menghidupkan enjin namun gagal, aku call ayah aku
Dia pun datang, dan tak boleh juga. Dah buntu sebab tak tau apa yang rosak
Namun, secara tiba-tiba enjin boleh start pulak.
Pagi tu aku dah skip satu kelas, ada quiz pulak tu.
Bala yang lain aku post lain kali sebab itu special edition punya.
Ok, about my daily life plak. Sangat busy.
Tiap hari ada quiz, dalam sehari ada satu atau lebih quiz plak
Dengan assignment yang mendesak dan tutor yang melambak
Projek dan presentation lagi
Study sampai bengkak, tido lambat bangun cepat
Pening lah hidup macam ni.
Tak sabar nak cuti!
Labels: ownotra
»
Tuesday, February 16, 2010
/ -11:38 PM
Wolfman & Wolfwomens
Tadi aku keluar dengan member aku. Mereka adalah
Halika,
Fufu &
Fafaxx. Ada empat orang dan 3 orang pompuan aku sorang saja lelaki. Power tak, madu tiga diorang ni =D Aku dah biasa keluar dengan diorang so tak la heran sangat. Kali ni aku keluar dengan
girlfriends saja (
cewah ) Tapi next week aku klua dengan
boyfriends aku pulak (
macam pelik je bunyik ) iaitu housemates aku sebab diorang bising haritu aku klua main bowling tak ajak diorang.
Ok bebalik ke kisah utama. Aku amik Halika kat jj. Lepas itu parking kat ktm klang naik train ke mid valley. Nak kurangkan pencemaran karbon di udara so naik public transport, kat kl sentral jumpa fufu dan fafaxx dah beli tiket wayang. Ramai gila kot orang, nasib baik ada fafaxx, haha. Tengok
Wolfman! Best la jugak secara overall. Tapi kurang aksi yang thrill lah,
kami nak lagi!
Kami nak yang lebih ganas! Lebih ramai
orang mati! Lebih banyak
huru-hara! Aku suka yang part dia
transform jadi wolf &
koyak rabakkan badan orang, haha.
Before tengok movie, kami lunch kat foodcourt je. Dah plan awal awal, sorang beli
western, yang lain beli
hotplate, japanese dan nasik. Sharing-sharing rasa. Lepas habis movie, pusing-pusing dan makan
donut sambil buat aksi aksi wolfman kat kedai tu,
rakus gila. Dah nak balik amek gambar kejap dan balek. Aku dan halika dapat naik
shuttle train! Pantas dan ekspress smpai klang. Then aku hantar halika balik sampai depan rumah dia. Jauh plak tu weh.
Tetibe parents dia ajak
makan kat rumah dia. Dah pukul 9 malam kot. Lepas solat aku pun makan dengan
malu malu dan penuh sopan santun. Ala ala
menantu pilihan gitu, haha. Tak penah kot perkara seperti ini berlaku. Tetiba hujan, setelah meminta diri aku pun membawa diri. Dekat pukul 10, aku singgah
jj bukit tinggi. Nak beli barang sikit. Agak agak mata dan macam kena penumbuk aku pun balik rumah. Act family aku tiada di rumah sebab mereka pulang ke kampung. So aku sorang je lah di rumah.
Labels: ownotra
»
/ -12:29 AM
Freako Hairdo
Ah, something's wrong with my hair. You know, i never really like my hair. My hair is weird sometimes. I'm kind of person that easily get bored with something. For example my hairdo, i'll make the same hair for the entire week and then the next week i feel like to change to a new hair style. Then the same thing goes on the next week. My hair seldomly impress me and fits the style that i want. Usually i've set the hairdo perfectly but hours later, it's already a disaster on my head! It's kinda depressing me a lot. I don't think it's the hair product that i use. Because i've tried many expensive products, from gatsby until loreal studio. But still, my hair will messed up few hours later. Maybe it's my natural hair that can't expect the transformation i made on my hair lah. There's a few hair styles that really attracts me like this
one &
two. Bah. Just now i got a new haircut. But it was like, extremely short. Fuck ah. But on the bright side, it has been ages since my last time to have a short hair. So the scores already tight up. Haha.
Labels: ownotra
»
Tuesday, February 9, 2010
/ -7:03 PM
Kawan Atau Lawan
Aku benci la kat dua tiga ekor member aku ni
kalau melawak tak reti nak bertapis
main keluar je, lepas tu gelak kuat-kuat.
Perangai dah macam budak-budak.
Lepas tu, mengutuk aku. Semua benda buruk mesti aku
Asyik-asyik aku yang kena. Macam aku ni teruk sangat.
Aku tau la, aku memang tak bagus, tak hebat ape semua,
tapi korang tu pun bukan bagus sangat.
Tak tau la kenape aku dapat kawan macam korang ni.
=.=Labels: ownotra
»
Saturday, February 6, 2010
/ -7:41 PM
Second Sem First Outing
Tadi ada kelas, rajin pulak lecturer ni buat kelas hari Sabtu. Habis kelas aku dengan dua member aku keluar. Sebenarnye kami nak ke tempat lain, nak ke cineleisure tapi sampai sempang depan giant aku cakap kat diorang. Kalau kiri pergi sunway, kalau kanan pergi cineleisure, so decide! Setelah berfikir selama beberapa saat kami membuat kesimpulan bahawasanya tiada cerita menarik untuk ditonton ketika ini. So kami ke sunway untuk bermain bowling. Kami bermain bowling hanya tiga orang so macam bongek. Time tu ada tournament bowling, agak cemburu tengok diorang bersorak kuat-kuat sedangkan kitorang suara macam semut je.
Lepas tu aku cucuk duit, nak shopping. Duit jpa dah masuk plak. Aku beli dua seluar dengan sebiji baju, tapi agak menyesal sebab aku beli seluar warna yang dah biasa aku pakai. Camne ni, nak tukar ke tak nak? Tu la aku ni, kalau beli satu benda mesti tak fikir panjang, terus try fitting lepas tu terus bayar, haih. Lepas tu kitorang pun balik. Oh, masa balik tu kan kitorang sesat, lupe letak kereta kat mana. Macam bongek, selalu gerak mane-mane aku mesti ingat parking atau at least tulis nombor lokasi tempat parking dalam phone. Kitorang tanye guard yang kebetulan merempit kat situ, tapi lagi menyesatkan ade la.
Akhirnye berkat aku solat subuh pagi tadi, kitorang jumpa gak. Lepas tu sorang member aku ni konon nak lead kitorang sampai kereta, lepas je eskulater aku jalan je la straight menuju pintu keluar, tapi member aku ni pusing kiri. Denagn konfiden sepenuh hati dia kata 'sini la wei' dan kami tergamam seketika. Dia boleh anggap panel dinding kace tu sebagai pintu keluar! Paling tak boleh belah, dia siap ketuk-ketuk lagi cermin tu, asal pintu ni tak bukak-bukak. Rupanya tu bukan pintu kaca tapi dinding kace. Kitorang dah gelak gila babi. Dah la ramai orang, dia boleh buat lawak kat situ. Dah sampai rumah pun aku tak habis gelak lagi. Lain kali, patutnya ada beza antara pintu dengan dinding sebab dari jauh nampak kaca-kaca tu same je, kan member aku sorang ni dah tertipu. Siap ketuk-ketuk lagi kaca tu, nak test, haduih.
Labels: ownotra
»
Friday, February 5, 2010
/ -12:29 AM
Moody
I'm having a pretty bad day today. During class break at 1pm i went to see my lecturer and i ask my friends to wait for me. But then, they left. But maybe i'm fine with them because we meet again at the foodcourt after that. I ordered a Nasi Goreng Ayam, but the mamak that cook my meal is so stupid. Based on my observation, students that order after me got their meal first, while i'm stand and waiting infront of the counter like a fool! Seriously im totally mad, i feel stupid and i really hate to wait. So when i turn my back, my friends already left, again.
After that we're back in class, and we got amali. But i didn't cooperate very well with my team. Maybe because i'm not in the mood, or maybe because i don't understand how to do it or because i'm not interested to do it. Plus my team seems don't really need my help as they looking busy with the tools and the calculation. So i just remain silent. During that many of my classmates asked me, why imma like moody. But i keep ignoring the question. Argh, i hate this day.
Labels: ownotra
»
Wednesday, February 3, 2010
/ -12:07 AM
Weekend
Jumaat lepas, uncle & auntie aku hantar dua cousin aku ke rumah aku.
Diorang sleepover until hari Isnin. So hari Sabtu, kitorang tangok movie Fame!
Bapak, semua full plus mereka mereka semua underage dan cerita pun banyak 18.
Kitorang dah mengeluh sebab entah hape entah cerita Fame tu. Tapi best kot cerita dia. Ala muzikal tapi lagi standard dari hsm, tarian dia semua gempak.
Mane tak nye koreografer dier, orang yang produce mv britney spears.
Lepas tu muzik dia memang sumpah meletop! Dah macam disko kat dalam panggung tu. Tapi filem ni tak se-fame macam name dia. Bagi orang yang ada sense of clubbing kot suka la tengok scene scene dalam citer ni.
Hari Ahad plak, aku rilek tengah study tetibe dengar orang mengekek ketawa kat luar. Pontianak mane plak mengilai time tengahari macam ni, dalam hujan plak tu.
Rupanya adik aku dengan cousin aku dah buat pesta air dalam hujan
Aku pun taley tahan, terus terjan hujan tersebut. Memula bajet nak amik gambar
sambil pegang payung dalam hujan, ala ditinggal kekasih gitu.
Last last dah main lari-lari dengan diorang yang macam kena rasuk semangat hujan.
Dengan semangat kesukanan yang berkobar dalam jiwa,
kitorang main badminton, tengah jalan, dalam hujan lebat.
Macam bongek, tapi best siak!
Petang tu, kegilaan sekali lagi melanda.
Aku masak hotdog, bubuh dalam tapewer. Diorang beli jajan kat kedai
Kitorang nak pergi piknik kat taman! Memang best, hujan lagi.
Hari ni je dah dua kali kitorang main hujan. Baru aku tahu
sedap jugak makan kuaci sambil hujan turun atas kepala. Seronok jugak
minum milo panas dalam hujan. Teruja betul berebut chewing gum dengan budak budak. Haih, best la piknik dalam hujan. Makan hot dog panas cecah sos resipi rahsia aku tu. Malamnye mak aku bawak kitorang dinner kat tempat biase.
Lepas tu dah hari Isnin, kelas aku start petang. Malamnye aku tidur rumah member aku, dan hari ni baru aku balik rumah. Cousin aku pun dah balik, flight parents diorang sampai petang so diorang balik bangsar malamnye. Tadi aku ade oral B1 sumpah best, aku pun tak tau kenape aku muke tak malu betul hari ni. lecturer aku siap puji yang group kitorang paling 'interesting' haha.
Labels: ownotra
▲ Back to top