»
Friday, February 5, 2010
/ -8:00 PM
Cersorship
Semenjak akhir-akhir ini, aku perhatikan media di negara kita semakin terbuka. Keterbukaan yang dimaksudkan aku adalah dari segi kandungan dalam ayat yang ditutrkan. Sememangnya kita sudah biasa dengan rancangan atau muzik dari barat dan kebanyakkan darinya mengandungi unsur kesat atau perkataan yang tidak sesuai untuk didengar dan dilihat oleh semua peringkat umur. Oleh itu banyak perkataan tersebut terpaksa ditapis atau dicensored. Antara yang popular adalah bitch, damn, shit, fuck dan lain-lain.
Namun apa yang membuatkan saya tertarik adalah pada suatu tempoh masa yang tidak kurang lama dahulu, lagu yang mempunyai perkataan tersebut akan ditapis, contohnya perkataan bitch akan ditapis. Tetapi hari ini, terdapat beberapa perkataan bitch atau shit yang terlepas ke corong radio. Begitu juga mv lagu yang berunsur kerakusan yang menjadi kegilaan kita semua. Ini tidak termasuk banyak cerita yang berunsurkan seks, yang terang-terangan memaparkan wataknya melakukan hubungan seks tetapi cuma alat sulitnya sahaja yang tidak kelihatan. Dan ia masih boleh ditayangkan ke tv nasional, dan tidak langsung di label sebagai 18 tahun ke atas.
Kemudian iklan-iklan yang banyak dipasang di sana-sini. Ada diantaranya memaparkan dengan jelas buah dada. Mungkin bagi orang dewasa, ia merupakan perkara biasa, tetapi bagaimana jikalau pelajar tadika yang melihatnya, apakah yang akan difikirkannya? Beberapa hari lalu saya keluar membeli-belah dan ternampak sebuah poster gergasi yang menampakkan punggung wanita, tidak memakai apa-apa langsung. Mungkinkah industri pengiklanan dan media di negara kita sudah selangkah kehadapan, iaitu ke corak yang lebih seksi, dewasa dan moden? Fikirkan lah.
Labels: otetra
▲ Back to top