click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Tuesday, August 10, 2010 / -12:06 PM
Weekly Update

Yaw, ak agak sibuk kebelakangan niy. Sungguh ironi sbb bnyk blog y ak masuk pun semuanya bercerita ttg betapa sibuknya mereka. Minggu lepas merupakan masa kritikal aku sbb bnyk gila test! Pensyarah semua seolah-olah sudah dirasuk, bnyk buat test dan kuiz. Tak kurang juga pensyarah y sesuka hati batal kelas kemudian ganti pd hari lain. Tak best betol! Pastu ad buat presentation. Klaka betul. Semua agak terpana dgn gaya persembahan aku y pelik, dgn tangan y ligat berpusing smbil bercakap. Hahaha.

Ohh ni part y best, ari jumaat tu aku dengan member berkunjung ke KLCC untuk pegi ke Pc Fair. Jalan jem sana sini, nak parking pun susa, ramai orang kot. Memula smpi sana amek amek gamba dulu pastu baru masuk KL Convention Centre. Pastu ke Suria KLCC untuk makan makan. Perasaan aku time tu berbelah bahagi sebab aku macam nak beli satu speaker ni. Bunyi macam disko tp murah je kot! Akhirnya kitorang masuk balik dalam Pc Fair tu dan aku beli!

Banyak barang y dipamer dan dijual kat sane, tp harga nye tade la murah mane, cuma murah sikit je. Tp antara booth y paling ekstrim adalah booth bhgian broadband! Sumpah ramai gila staf dia beratur pnjg2 pastu sume y lalu situ akan disoal dan disambut dengan rakusnya. Daripada maxis, celcom digi umobile smpi streamyx. Diorang mcm besaing taw, lawak gile tgk gelagat diorang. Time tu team streamyx bersorak2 pastu team2 lain mcm jeles pastu jerit kat team streamyx 'tak meriah ponnnn' hahaha mcm childish plak.

Ni cite masa weekend plak! Ak pergi kursus website kat puchong! Tp kan, aku mengharapkan y lebih la dari y aku blaja sepanjang sabtu ahad tuw. Dia aja buat y senang je, aku na belaja buat y canggih punya, y guna script, coding, javascript, flash dan macam macam lagi. Huhu. Tp tapew la,, lain kali aku g join kursus y advance lagi. Aku g belaja pun just utk tambah pengetahuan j. Nnt aku na design website y sangat sangat canggih! Yeah

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐