click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, May 18, 2009 / -11:02 PM
Perpaduan Kaum

Oleh yang demikian itu, kita mestilah bersama-sama
memupuk semangat perpaduan kaum. kita tak boleh nak pentingkan diri. Memang diakui sentimen
dan perasaan perkauman masih menebal dikalangan
rakyat Malaysia sehinggake hari ini. Tetapi ia sedang beransur pudar , dan kita mestilah turut memainkan
peranan dalam hal ini. Ramai orang Melayu cakap
orang Cina sombong, angkuh, selalu berat sebelah,
kurang menghormati dan macam-macam. Orang Cina
pulak cakap orang Melayu itu dan ini. Dan diskriminasi
kaum pun terjadi.


Kenapa tak boleh nak lupekan bende-bende macam tu.
Kita sekarang hidup dalam dunia maju. Semua dah diglobalisasikan .Kalau orang Cina selalu nak menang
dan orang Melayu tak nak kalah dan orang India
tak nak ketinggalan , semua akan bergaduh. Jadi
siapa yang nak menjamin survival negara kita pada
masa akan datang.Kerajaan patut memainkan peranan
yang penting bagi memupuk semangat perpaduan ni.
memang dah banyak contoh kite tengok pelbagai bangsa
bersatu tetapi ada lagi yang kite jugak tengok
masih bersikap racist.

Takkan nak maki hamun sesama sendiri, menghina-hina
bangsa lain . Hilang hormat dan sifat
perikemanusiaan .Hilang arah dan kewarasan akal
tanpamemikirkan bahawa tindakan itu hanya akan
mencalarkan nama negara sendiri.Sampai bila? Tak
boleh laa kalau Cina mesti nak cari Cina jugak,
Melayu mesti cari Melayu jugak, dan lain-lain.
Tetapi janganlah lupakalau Melayu tu mestilah support
bangsa sendiri janganlah bangsa sendiri
dipijak-pijak atas sebab yang tak munasabah.



Jadi, mestilah kita menjaga diri sendiri dengan baik.
Elakkan menjadi mangsa provokasi pihak tertentu.
Baiki diri sendiri, bertutur dengan sopan dan
jangan buat bende yang memalukan bangsa sendiri.
Cuba bergaul dengan harmoni denganbangsa lain.
Tampilkan diri jangan menyorok macam tak wujud.
Bak kata Nik Aziz
kalau semua orang dalam dunia ini berpegang pada
agama masing-masing, maka amanlah dunia ini.



▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐