»
Saturday, February 13, 2010
/ -5:12 PM
Blog Aqmal
Hai korang semua, selamat datang lah ye ke blog aku ni. Terima kasih kot sebab datang memeriahkan suasana blog aku ni. Blog aku ni tak best pun macam blog korang kan. Sebenarnya blog aku ni masih baru, dulu aku ade blog lain, lepas tu aku tutup dan semua content dalam blog lama aku telah di transfer ke dalam blog baru aku ni. Aku start blogging lepas aku keluar dari tahanan plkn pada march 2009 dan aku mula membuka blog baru ni semenjak januari 2010.
Saje saje aku buat blog baru, aku nak hide blog aku dari semua orang yang aku kenal. Aku nak privasi sikit sebab blog lama aku ramai kawan, cousin dan family member yang selalu bukak. Dengan terhasilnya blog baru aku yang tak ada sesiapa pun tahu ni, aku boleh cerita apa-apa saja yang aku suka. Sebab tak ada sesiapa yang baca, ape aku kesah ape yang aku carutkan kat blog aku ni kan.
Tapi semenjak aku pasang google analytic iaitu software untuk tracking, blog baru aku ni sudah mula mendapat kunjungan. Walau hanya beberapa ketul orang sehari, pengunjung lah jugak kan. Oleh itu aku nak terima kasih kot sebab masuk blog aku. Blog aku mungkin lain dari lain, sebab aku ada citarasa sendiri. Dan apa yang aku tulis pun mungkin tak best sebab aku hanya luahkan apa yang aku rasa time tu. So arigatok ye.
Kembali mengimbau blog lame aku, boleh tahan lah jugak pengunjung dalam sehari. Tak percaya tekan
SINI ,
SINI dan
SINI. Hahaha, hebat kan blog lama aku? Bukan nak berlagak tapi bangga lah jugak, satu hari 300 orang masuk blog aku. Tapi sekarang aku dah tak mengejar semua tu. Dah tak hairan kalau hanya seorang masuk blog aku dalam sehari ataupun seribu orang sekalipun.
Aku akan teruskan cara berblogging aku, aku takkan tiru style blog orang lain. Terpulang kepada anda untuk kembali ke blog aku lagi sebab aku hanya mengharapkan pengunjing yang setia. Yang masuk blog aku disebabkan kandungan blog aku, bukan nak suruh aku masuk balik blog dia. Aku tak mengejar populariti, aku menganggap blog aku sebagai tempat aku bebas bersuara tentang apa sahaja. Sekian terima kasih.
▲ Back to top