»
Friday, February 12, 2010
/ -10:40 PM
Bribe Bitch!
Politik sekarang ni banyak sangat rasuah, sangat sangat banyak. Aku selalu baca akhbar dan menonton berita, saban hari ada saja yang ditahan akibat rasuah. Penjawat awam disabitkan kes rasuah, kakitangan kerajaan didapati bersalah dan lain-lain kerap menghiasi dada akhbar. Namun ada gak berita yang buat aku tergelak, benda-benda bodoh pun nak siasat. Terutamanya tokoh politik, disiasat sebab beli sepuluh biji kek, terlebih beberapa sen belanja kenduri dan hal-hal remeh temeh yang lain. Sedangkan enjin jet yang berjuta-juta hilang tak pula kecoh, beli laptop yang sepatutnya 3 ribu boleh jadi 30 ribu dan banyak lagi kes berprofil tinggi yang aku pun dah lupe.
Pelik kan? Kalau kes yang melibatkan orang tertentu, cepat-cepat disiasat sedangkan jumlah duit yang kononnya rasuah tu beberapa ringgit sangat. Tapi kalau kes yang melibatkan orang tertentu gak tapi di pihak yang lain, siasatannya lambat-lambat, tak dikecohkan media dan akhirnya dibuktikan tak bersalah. Contohnya ada sorang tu, dikatakan ada banglo mewah. Tengok gambar tak lah mewah sangat, lagipun orang tu businessman sebelum jadi orang politik so tak mustahil dia ada banglo sebijik. Tapi ada beberapa orang tu, banglo bukan main hebat macam istana. Kerja jadi adun je yang gaji hanya beberapa ribu, tapi macam mane boleh ada banglo sampai bebelas juta ringgit? Kes macam tu tak heboh dalam berita. Pelik lagi ajaib.
Rasuah dalam pembinaan juga sangat teruk. Banyak siling runtuh, sebab ape, sebab bahan binaan yang digunakan tak berkualiti. Sedangkan kos banggunan tu beratus juta ringgit tapi bahan nak buat siling tak berkualiti. Jadi duit yang sepatutnya digunakan untuk beli bahan binaan berkualiti telah disonglap dan terpaksa beli bahan tak berkualiti. Tak percaya tengok la laporan audit negara. Tu yang banyak kes masjid runtuh la stadium runtuh la kolam bocor la dan lain-lain. Duit nya habis dikebas.
Lagi satu yang aku tak puas hati, banyak sangat penjawat awam yang merasuah. Lepas tu sorang-sorang kena cekup. Kesalahannya adalah kerana menerima habuan atau rasuah. Cuba fikirkan, siapa yang memberi rasuah? Kenapa orang yang memberi rasuah tak ditangkap. Jarang dengar pemberi rasuah didakwa di mahkamah, selalunya orang yang terima rasuah saja. Kan lebih adil kalau dua-dua disabitkan do mahkamah kerana kalau tak ada si pemberi rasuah maka tiadalah si pemerima rasuah. Kalau si pemberi terlepas, maka dia akan terus memberi rasuah lagi dan lagi kepada orang lain dan jenayah ini akan berlarutan. Jadi marilah kita sama-sama menolak rasuah buat selama-lamanya.
Labels: otetra
▲ Back to top