»
Monday, April 19, 2010
/ -12:35 PM
Bintang Berkelipan.
Sukakah kau melihat bintang? Langit luas terbentang bersama bulan dan bintang kecil membanjiri angkasa. Pernahkah kau terfikir apa yang ada di luar sana? Otak aku sentiasa ingin tahu bagaimana keadaan diluar sana, bagaimana rupanaya dan apakah ada yang hidup di luar sana. Terasa macam aku nak melawat saja planet-planet lain. Nak berjabat tangan dengan mahluk asing. Nak tumpang naik ufo mereka. Ah, angan-angan yang macam bodoh.
Tapi apakah anda juga merasa yang sama? Tapi tahukah anda bahawasanya apabila kita memandang ke angkasa, sebenarnya kita memandang ke zaman silam? Orang selalu berkata, apabila berjalan pandanglah ke hadapan jangan kebelakang. Tapi ingin saya tegaskan disini pandanglah ke hadapan jangan pandang ke atas. Kerana pandangan keatas sebenarnye kita memandang masa lalu.
Pernahkah anda mendengar istilah lightyear ataupun kelajuan tahun cahaya? Tahukan anda setiap cahaya yang bergerak mengambil masa untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain? Dengar baik-baik adik-adik semua, tahukah anda cahaya dari planet lain mengambil masa berjuta-juta lightyear untuk bergerak dari planet asalnye ke planet kita disini. Planet tersebut amatlah jauh dari planet kita dan cahaya yang keluar dari planetnya mengambil masa berjuta light year yang mana satu lightyear bersamaan 9,460,730,472,580.8 km! Satu tahun ada 365 hari tapi bagaimana pula dengan satu tahun cahaya? yang mana cahaya bergerak pada 299,792,458 meter setiap satu saat! So do your maths!
Jadi itulah sebabnya saya cakap, apabila kita melihat ke angkasa kita sebenarnya melihat ke masa lampau. Kerana cahaya bintang-bintang itu mengambil masa berjuta tahun untuk sampai ke planet kita, dan apabila cahaya bintang itu sampai ke mata kita, ia sudah pun berusia jutaan tahun! Siapa tahu apakah yang terjadi pada bintang-bintang itu sekarang? Kerana apa yang kita lihat sekarang adalah keadaan bintang-bintang itu jutaan tahun yang lepas. Walau apapun, bintang-bintang itu memang cantik.
▲ Back to top