»
Wednesday, May 5, 2010
/ -7:24 PM
Merempit Hingga Tersepit
Sebenarnya ini sambungan artikel pasal Family Trip ke Terengganu itu.
Otw hendak pergi Terengganu kami lalu jalan-jalan kampung
dan tiba-tiba ada segerombolang pemuda bermotor merempit dicelah-celah
kereta kami ditengah jalan yang sibuk dan sempit itu.
Dan, jumlah mereka sangat ramai, lebih 40 orang! Keadaan sangat-sangat teruk.
Ia sudah memberi bad impression kami terhadap pemuda-pemuda di Terengganu.
Malah pada hari berikutnya, di tengah highway menghala ke KL
aku terjaga dari tidur apabila ada bunyi bising orang merempit di highway
Sungguh stylo gaya mereka, seperti superman meluncur laju dicelah-celah
kenderaan besar yang bergerak laju di tengah-tengah highway.
Mereka menunggan seperti kilat dan setelah group mat rempit
itu hilang dari pandangan, keadaan bertukar menjadi aman.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat,
pandai lagi burung yang yang reti terbang.
Beberapa minit kemudian, keadaan trafik di highway itu menjadi sibuk
dan akhirnya menjadi kesesakan lalulintas, entah kenapa.
Rupa-rupanya terdapat kemalangan motosikal dihadapan.
Dan semestinya, yang kemalangan itu adalah geng-geng yang merempit tadi itu!
Ini kisah benar yang berlaku depan mata aku sendiri.
Sungguh tak disangka, baru saja merempit tadi kini sudah tersungkur dijalanan.
Aku nampak keadaan motor rempitnya yang remuk teruk dan lebih mengerikan
darah mengalir di merata-rata tempat. Juga kelihatan seorang mat rempit
dimasukkan ke dalam ambulans. Tapi agak pelik, ambulans itu
tidak membunyikan sirennya. Seterusnya menunjukkan bahawa orang didalam
sudah pun meniggal dunia.
Kejadian-kejadian merempit ini berlaku dimana-mana
tetapi hanya di Malaysia, tidak pula wujud budaya ini di tempat lain.
Dan setiap kali kami terserempak dengan geng mat rempit
mak aku tak putus mengingatkan aku, katanya
mal, janganlah kau jadi macam ni
ayatnya simple tapi maknanya mendalam.
Sia-sia saja hidup seorang remaja yang selama ini
diberi makan, pakai dan dididik mak bapa dan akhirnya mati sia-sia
Kasihan kepada mak bapaknya berbelas tahun menjaga dan maknya
yang sembilan bulan mengandungkannya, akhirnya mati begitu sahaja
Baik bunuh saja anaknya itu awal-awal, daripada penat
melelehkan air liur, peluh dan sebagainya untuk sesuatu yang sia-sia.
Apakah yang bermain difikiran mat rempit ini?
Apakah tujuannya? hendak berseronok? Bukankan banyak lagi
benda lain yang lebih menyeronokkan. Paling hina pun pergilah clubbing.
Adakah mereka ingin membuktikan sesuatu? Keberanian dan kejantanan?
Aku juga anak jantan tetapi tak pernah pula timbul keingginan untuk merempit.
Kalau ada masalah pun, janganlah sampai ambil risiko
untuk memperjudikan nyawa sendiri. Kita tidak berhak untuk
mencabut nyawa kita sendiri, kerana ianya milik Tuhan.
▲ Back to top