»
Saturday, August 21, 2010
/ -4:54 PM
Ramadhan Al Mubarak
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Bersua kembali kita di episod kami ini. Mohon ampun minggu lalu tidak dapat posting kerana hal-hal yang semak dan menyemakkan. Baiklah, pertama-tama sekali aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak. Meskipun sudah hari puasa yang ke sepuluh kini. Wah sudah sepuluh hari berpuasa? Aku seolah-olah lemas dalam lautan yang luas, dalam dan banyak ikan jerung. Aku tidak sedar masa disekeliling aku sudah pantas berlalu dan aku terkapai-kapai mencari sisa baki waktuku. Hiperbola sungguh.Ia menggambarkan hidup aku yang kini kusut-masai tak terurus, semak dan menyemakkan! Aku benci suasana seperti ini.
Kadangkala aku terfikir, kenapa hidup aku rasa seperti ini? Apakah ini suatu pembalasan atas dosa-dosa yang telah aku lakukan? Hanya Allah yang tahu. Aku rasa seperti tidak tenang, aku rasa seperti kehilangan sesuatu tetapi aku tak tahu apakah itu. Aku tercari-cari kehidupan aku sendiri. Aku sentiasa sibuk tapi kadangkala aku tak tahu apa bendakah yang aku selalu sibukkan itu. Aku banyak kerja, banyak benda yang hendak dibuat, banyak tanggungjawab, banyak benda untuk difikirkan. Banyak tugasan, banyak quiz, banyak tutor, banyak ujian. Sampaikan aku tiada masa untuk fikirkan tentang diri aku sendiri.
Adakah aku terlalu leka dengan hidup aku? Aku perlukan semangat baru, semangat untuk hidup. Aku akan cuba berubah, aku pernah menjadi lebih baik daripada sekarang ini. Jadi aku akan buktikan aku boleh, aku akan jadi yang terbaik. Dengan berkat dan rahmat bulan Ramadhan ini, aku akan cuba. Aku akan cari semula kepingan yang hilang dari diri aku ini. Ya Allah, berilah aku kekuatan.
▲ Back to top