click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, May 18, 2009 / -11:30 PM
13th May Riot

Every year , there will definately have May 13th. And for 2009, it has just passed by few days ago. So what is exactly the tragedy that happened on May 13th ? Together we unlock the unknown from the internet.




Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.Pada tahun 1969 terdapat satu pilihanraya . seperti biasa akan terdapat juga kempen untuk pilihanraya terbabit. Malangnya isu yang menjadi bahan berkempen untuk pilihanraya terbabit adalah isu perkauman yang sangat sensitif.
Penubuhan Malaysia ketika itu menunjukkan berlakunya jurang antara kaum dimana Cina mengawal kukuh kuasa ekonomi manakala orang Melayu agak miskin dan terpinggir di kawasan pendalaman. Kuasa politik ketika itu juga dikawal orang Melayu mahukan keistimewaan orang Melayu dibawah nama Bumiputra dan ketaksuban orang Melayu akan semangat Ketuanan Melayu .


Kempen pilihanraya tersebut telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.
Akhirnya , keputusan pilihanraya tersebut ,menyaksikan Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.




Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Mereka berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka seperti lori sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu (menyingkir) orang-orang Melayu ke laut. Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan. Akhirnya lori-lori mereka dibakar.


Orang Melayu kemudian berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Kampung Baru untuk serangan balas. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk. Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya. 4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur.




Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.Akhirnya rusuhan terburuk dalam sejarah Malaysia meletus. Orang Melayu menyerang semua orang Cina termasuk rumah dan kedai orang Cina. Begitu juga orang Cina. Rusuhan kaum tersebut menyebabkan beratus orang maut, ribuan rumah dan kedai terbakar dan beratus kenderaan musnah.Ada yang mendakwa pihak berkuasa seperti Askar Rejimen Diraja Melayu turut membunuh secara rambang orang Cina.Unit FRU turut dikerah mengawal keadaan selain Polis, Rejimen Renjer dan Askar Melayu.Dalam rusuhan ini juga , bangsa Cina adalah yang paling teruk terjejas dengan paling ramai terkorban dan paling terus harta benda dimusnahkan. Rusuhan tersebut mendapat publisiti dan liputan meluas seluruh dunia.




Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 di seluruh negara dan Mageran dibentuk di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak. Parlimen dibubarkan.Peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan Tunku Abdul Rahman dipersalahkan oleh orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya. Berikutan itu Tunku meletakkan jawatan pada tahun 1970.
Keadaan akhirnya dapat dikawal dan beberapa keputusan telah diambil bagi mencari jalan penyelesaian termasuklah penubuhan beberapa badan seperti Majlis Perundingan Negara, Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara telah diciptakan.Indonesia turut gembira dengan berita Malaysia akan mengawal penduduk Cinanya sebagaimana yang dilakukan di Indonesia manakala Singapura mengambil langkah mengawal ketat orang awam kerana Singapura turut menempatkan pelbagai bangsa yang boleh tercetusnya perbalahan.




Terdapat juga desas-desus konspirasi sebenar disebalik rusuhan ngeri ini. Antaranya ia sebenarnya tersembunyi agenda politik kotor .Ada yang menyifatkan bahawa pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan 'politik' dan bukannya perkauman. Kerana sebelum itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di negeri Melayu seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu perkauman, pastinya hari ini tiada lagi orang Cina di negeri-negeri tersebut kerana habis dibunuh.Kesimpulannya, pergaduhan ini bukanlah rusuhan perkauman, kerana ia hanya terjadi selepas pilihanraya (perbezaan politik) dan hanya melibatkan orang-orang Melayu dan Cina di Kuala Lumpur sahaja.
Ada juga yang mengatakan sebenarnya rusuhan ini disuntik oleh pihak tertentu dan mengapikan soal perkauman agar suasana huru-hara timbul. Apabila keadaan tidak terkawal maka darurat akan diisytiharkan.Dan pada pilihanraya terbaru ketika itu kerajaan pusat kalah teruk di Selangor jadi sengaja mereka hendak isytiharkan darurat agar rampasan kuasa politik dapat dilakukan.


Peace Malaysia

▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐