»
Friday, March 26, 2010
/ -9:02 PM
Kawan.
Sebenarnya tiada sangat yang hendak di cerita. Tapi saja posting, nanti blog terbiar pula, lama-lama lalang tumbuh panjang jadi sarang ular dan tikus pula. Siang tadi habis kelas kawan aku menggatal nak drive kereta aku. Jadi aku tak sampai hati nak mengecewakan perasaannya. Sebelum start enjin dia dah konon merendah diri katanya tak biasa memandu kereta manual, jadi aku agak terpana seketika. Tetapi disebabkan dia tetap berkeras mahu memandu jadi aku biarkan sajalah.
Hendak reverse parking dah jadi satu hal, dia boleh terlajak sampai langgar divider tepi jalan, nasib baik tak apa-apa. Hinggalah terjadi satu lagi kisah yang mungkin agak memalukan, aku sudah mengungut akan post cerita ini dalam blog tapi dia merayu agar aku tak berbuat demikian, katanya ingin menjaga kemaluannya, Tapi disebabkan aku baru saja menukar link baru dan blog ini masib tiada pengunjung yang stabil jadi aku tetap akan post cerita ini.
Nak masuk highway, jalan dia macam agak berbukit dan atas bukit itu ada satu traffic light. Dia sudah mula menggelabah bertanya apa yang perlu dilakukan atas bukit nanti. Terus tarik handbrake atau tekan cluth dulu atau teran brek atau lain-lain. Aku sudah pun bersiap sedia memegang satu file untuk menutup muka aku jikalau satu kejadian menarik berlaku. Dan akhirnya, diatas bukit itu pabila lampu bertukar hijau enjin pun mati. Buat seketika satu kereta senyap, aku dengan member lagi seorang kat seat belakang seakan tidak percaya ia akhirnya berlaku.
Member aku cuba menghidupkan semula enjin dan terus memecut. Akhirnya enjin kereta mati juga ditengah jalan yang sibuk, banyak gila kereta masa tengah rush hour plak, semua pemandu lain mengintai kami dari kiri dan kanan ketika memotong kami. Nasib baik kami semua muka tembok dan tak tau malu.
Labels: ownotra
▲ Back to top