click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, March 15, 2010 / -3:07 PM
Field Trip!


Sudah lama tak update blog. Serious aku rindu blog ini dan banyak sangat cerita aku nak cerita tapi aku memang tiada masa. Sekarang aku tengah mid sem break so ada lah masa nak update blog. So aku akan cuba catch up benda denda yang aku rasa nak dimasukkan dalam blog aku. Last week mentang-mentang minggu lepas sebelum cuti, lecturer macam biase bagi assignment dengan tutor banyak-banyak. Paling tak tahan test tiap-tiap hari ade! Dahsyat gila.


Speaking about mid sem break, hari sabtu lepas aku dengan classmates aku buat field trip! Kitorang ke Port Dickson. Even PD bukan lah tempat yang ideal sangat, tapi okey lah jugak. Hari Sabtu 13 March 2010 aku bertolak ke rumah member aku parking kat sane. Dalam pukul 7 malam baru gerak masuk highway. Total 9 orang je, empat pompuan lima lelaki and semua classmates aku gerak naik dua kereta, Aku naik kerata Zaki, Akim bawak lagi satu kereta. Zaki macam orang mabuk, kat highway hujan lebat gila gila dia boleh bawak 120. Sampai PD dalam pukul 9 kot dan hujan! =.=

Kami minum-minum dulu dan bila hujan dah reda kitorang pasang 3 khemah, yang lain siapkan nak buat bbq! Dalam pukul 12 malam aku pegi mandi kat public shower sebab petang tu aku tak mandi langsung haha. Best doh mandi tengah-tengah malam, mandi lama-lama dan betul-betul menghargai 50 sen per entry. Lepas tu melantak bbq memang sumpah sedap gila, bwat unggun api, tengah malam duduk tepi pantai. Damai je kot, walau unggun api kejap besar kejap kecik sebab kami menggunakan apa saja sumber yang ada sebab baru lepas hujan kayu semua basah lagi.

Lepas tu dengan karaoke, gitar, borak sampai pagi. Open cerita pasal macam-macam, gelak tak ingat. Rara digelar perempuan mengandung sebab dia pakai gaun macam stail orang pregnant, lepas tu aku masuk satu khemah dengan dia sebab nak pinjam buku tapi kena gosip plak, diorang cakap khemah goyang-goyang la ape lah. Kitorang ada bawak tikar besar lepas tu semua baring sambil tengok bintang, lepas tu tidur atas tikar padahal khemah ade. Tapi bila dengar bunyik anjing melalak-lalak, semua masuk khemah.

Bangun pukul 7 pagi terus terjun laut! Memang angin kencang dan air sejuk gila. Tapi semua feel je, mandi sampai tengah hari until orang dah start ramai. Kitorang ade main bola atas air lepas tu aku dengan beberapa member reka satu tarian dalam air. Gempak gila kot bila bwat ramai-ramai, dah macam komenwel. Nama tarian tu tarian Push De Pop, macam yang iklan retarded dalam tv tu. Later en kitorang main Banana Boat, to be honest ia merupakan first time aku try. Memula memang nervous gila sebab nanti dia campak kita kat tengah-tengah laut dalam. Tapi rupanya best gila, masa jatuh memang sakit tapi semua gelak-gelak so dah okey. Ada main tanam-tanam, memula tanam aku, diorang macam siyal buat tetek besar lepas tu bwat batang stim haha, later tanam Fiki dan last skali Zaki.

Lepas tengah hari kami pun berangkat pulang tapi lalu jalan dalam. Aku tertidur dalam kereta tapi terjaga bila dengan lagu 21 guns kat radio. Tak tau kenapa aku still suka lagu ni. Then singgah rumah member aku sebab para driver nak tidur. Malam tadi pukul 5 kot baru tidur. Lepas itu ke rumah member aku lagi sorang untuk lunch disana. Kemudian rancang nak tengok wayang kat Bukit Tinggi sebab dapat tiket percuma tapi si Zaki ade hal kne balik awal so kereta dah tak cukup.

Labels:


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐