click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Friday, March 5, 2010 / -7:12 PM
Azab Kesakitan


Semalam antara hari paling dahsyat bagi aku untuk tahun ini. Semuanya bermula pada kelas pertama hari itu iaitu kelas Maths. Aku rasa macam pelik, aku bagi tahu member sebelah yang mata aku macam blur, macam berpinar. Serious lepas tu macam pening. Lepas itu kelas kedua iaitu kelas Contract. Aku mula rasa macam tak sedap badan. Lepas tu sakit kepala. Lebih parah kepala aku makin lama makin sakit. Bukan pening kepala lagi tapi dah bermutasi menjadi sakit kepala yang maha kronik. Rasa macam ada berpuluh anai-anai dalam kepala aku lepas itu gigit-gigit kepala aku dari dalam. Sumpah aku cakap sakit nak mampos, tak pernah kot aku rasa sakit kepala teruk macam ini. Sejam pertama dalam kelas Contract aku bertahan tapi makin melarat aku mintak izin lecturer nak balik. Tapi memang sadis bila lect tak bagi balik, alasannya dia takut aku pengsan kat tengah jalan. So aku terpaksa menahan lagi satu jam dalam azab itu.

Sepanjang kelas aku tidur. Tapi memang tak selesa tidur atas meja kan. Kuak lentang kejap kiri kejap kanan. Meja dah la keras, dengan bisingnye, sumpah memang terasa macam kat neraka! Pelik gila lah, tak pernah aku rasa teruk macam ini, time dalam kelas pulak itu. Habis saja kelas aku terus balik apartment member aku, aku terpaksa skip kelas BI sebab dah tak tahan, Aku singgah food court dengan keadaan terhuyung-hayang beli nasik dan beli panadol actifast. Sampai apartment aku makan walaupun takde selera dan telan sebijik panadol. Aku tengok muka aku kat cermin memang pale gila, mate bengkak, macam mangse rogol pon ade. Lepas itu aku baring dan cuba menenangkan diri. Lepas itu keadaan aku semakin pulih, syukur alhamdullilah. Aku tidur sekejap lepas itu karaoke sorang-sorang nak release tention, cara yang pelik untuk hilangkan sakit. Lepas zohor aku attend kelas petang, diorang semua pelik tengok aku dah okey.

Aku rasa aku tahu sebab apa aku kena demam dan sakit kepala sekejap. Semenjak akhir-akhir ini hidup aku agak tunggang-langgang. Dah berapa minggu aku tidur 3-4 jam sahaja dalam sehari. Banyak sangat kerja, dengan presentation, assignment, report then study untuk quiz dan test. Memang sangat-sangat padat. Pemakanan aku pun tak teratur. Seingat aku last aku makan nasi adalah dua hari lepas. Aku makan pun tak ada masa, dah lama tak makan benda yang berat-berat. So kombinasi tak cukup rehat dan kekurangan tenaga, karbohidrat dan lain-lain, hasilnya aku jatuh sakit. Serius weh, kepala aku sangat sangat sangat sakit. Pengajaran di sini, jagalah diri anda sebaiknya. Oleh itu mulai saat ini, walau sibuk mana pun aku, aku mesti tetap jaga kesihatan aku. Syukur aku sakit sekejap saja, dibuatnya aku jatuh sakit betul-betul satu kerja pun aku tak boleh buat. So sia-sia lah.

Labels:


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐