»
Friday, March 5, 2010
/ -7:38 PM
Night Out
Ini adalah sambungan artikel sebelum ini. Malam itu aku sleepoever kat apartment member aku itu. Malamnye aku dah fully okey weh! Tenaga dah fully charged! Diorang cakap aku kena buatan orang, tu yang sakit sekejap. haha bodoh gila. Disebabkan aku dah okey, malam itu dalam pukul 9 kitorang keluar makan, lepas itu terus gerak sunway pyramid, naik motor plak tu! Gerek seh. Oleh kerana aku tak pernah naik motor ke sunway, sesat gila-gila nak carik parking motor. Paling sakit hati member-member motor lain dah jumpa parking motor tapi aku dengan sorang member aku ni menzazau kat basement cari parking motor. Berapa kali call tapi still tak jumpa. Diorang kata parking kat B3 tapi kitorang jumpa sampai B2 je, B3 tak wujud. Last-last jumpa gak tapi kosong gila. Member aku cakap dia dah rasa macam kat alam barzakh, dah la B3 buruk dengan simen tak siap, sumpah seram kot.
Banyak kali pusing kat tempat sama, hangin betul aku tengah-tengah malam tu. Dah la aku first time bawak motor ke sini, selalunya aku drive sendiri. Ini semua salah member aku sorang lagi! Aku nak pinjam kereta dia tapi dia tak bagi! Semua salah kau perez! Haha. Akhirnya dah jumpa parking then split kepada dua group, diorang nak main bowling tapi kitorang nak tengok wayang. Tengok cerita Book Of Eli, start pukul 11.55 pm until 2.00 am. Cerita dia okey lah jugak, first impression bila aku dengar cerita ini nak klua, rasa macam boring tapi disebabkan sorang member aku ni cakap cerita ni best gila so aku dah terpengaruh. Cerita agak kekristianan pasal hanya satu bible terakhir kat dunia nak dicetak semula. Tapi agak bangga bila Holy Quran pun ada gak dalam simpanan khazanah diorang. Pukul 3 pagi baru sampai rumah. Gamble gila ah, esok pukul 8 pagi ade kelas.
Cerita hari ini plak, aku la bangun paling awal. Pukul 7 still boleh solat subuh, member aku tu pukul 7.30 baru tergegeh nak solat. Apekebende lah, Malam tadi balik lewat gila, padahal ada kelas pukul 8. Tapi paling best kitorang sebenarnya ada 2 quiz hari ini, tapi tak study langsung! Contoh yang tak patut diteladani. So kelas macam biasa until kelas maths lepas solat jumaat. Kitorang tunggu lecturer tak sampai-sampai. Diorang dah packing barang nak blah sebab maybe lecturer tak datang. Tapi aku sebagai president kelas tak bagi diorang balik sebab lect kate nak buit quiz maths hari ini so mana boleh dia cancel kelas. Aku pun dah teruja kalau kelas maths dibatalkan. Dengan ngantuk tak cukup tidur dan tak study langsung untuk quiz lagi, haih.
Tiba-tiba jengjengjeng, datang seorang lelaki yang tidak ku kenali bertanya kelas apa sekarang dan lecturer dimana. Jadi aku explain yang lecturer tak datang lagi, lelaki itu kelihatan tidak sennag dengan jawapan aku memandangkan kelas sepatutnye bermula setengah jam yang lalu. Dengan penuh bangga dia suruh aku pergi office panggil Ketua Program ataupun Ketua Jabatan. Aku agak terkejut! Siapakah lelaki ini sehingga menyuruh aku memanggil Ketua Jabatan untuk berjumpa dengannya. Sedangkan jawatan Ketua Jabatan sangat tinggi dan apa yang perlu aku jelaskan sekiranya KJ tanya siapakah lelaki yang memanggilnya. Akhirnya aku memutuskan untuk memanggil Ketua Program. Puan KP agak terkejut apabila ada lelaki memanggilnya, pastinya jawatan lelaki itu sangat sangat tinggi!
Kami berusaha mengesan lecturer Maths yang entah kemana menghilang. Aku call tak angkat, last last lelaki itu sendiri yang call! Tapi tak berangkat juga. Lepas itu kes bertambah besar apabila dia call pegawai-pegawai lain untuk mengesan lecturer maths aku tu. Keadaan semakin pelik, siapakah lelaki itu, yang pastinya aku tak pernah lihat lelaki ini. Sampaikan PA aku pun turun. Sangat pelik ke mana lect menghilang. Kalau kelas batal kenapa dia tak bagi tahu aku? Tapi takkan lah kelas batal sebab semalam dia kata nak buat quiz. Akhirnya Ketua Program announce yang lecturer aku memang tak datang untuk hari ini. So kami pun balik lah. Akhirnya Ketua Program bagi tahu aku yang lelaki itu dalahlah Timbalan Pengarah dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia! Walah, patutlah dia berani suruh aku panggil Ketua Program atau Ketua Jabatan jumpa dia. Haha. So takde quiz lah hari ni. Tak rugi aku tak study! Haha ayat sepatutnye 'rugi aku tak study' tapi hari ni ayat bertukar jadi 'tak rugi aku tak study'
Labels: ownotra
▲ Back to top