»
Thursday, August 26, 2010
/ -10:37 PM
Puasa & Hari
ini posting sebagai sambungan kepada posting yang tergantung selama ini. Haha
bapak makin pemalas aku na update blog =(
Pada 18 ogos 2010 yang lalu, kelas aku organise satu majlis berbuka pusasa beramai-ramai
bertempat kat Ani Sup Utara, di TTDI je. Aku dengan bebudak apartment yang aku
selalu lepak tu gerak pukul 7malam. Sampai sana ingatkan kitorang yang terlambat,
rupanya kitorang yang terawal. Hampeh, sorang pun tak datang lagi.
Kitorang da bwat reserve so terpaksa la baya bil 400 lebih tu untuk 26 pack punya orang.
Pastu kitorang tak cukup duit nak bayar! HAHA. Diorang sume bukan tawu na bayar
kat kitorang dulu. So kitrang share-share duit dulu sampaikan dalam dompet aku tinggal
2ringgit je, member aku punya dompet pun 4-5ringgit je tinggal. haha, bapak sedey.
Selesai makan, kitorang gerak Bukit Tinggi! Bosan asyik g Sunway je kan. Layan cerita
The Expendables. Haha bapak best kot cerita dia. Memula da kuciwa na tengok cerita
The Descent tapi tak klua lagi.
Baru-baru ini juga aku sudah memulakan eksplorasi beli-belah raya episod satu.
Haha, bapak letih, tapi best, Betullah kata orang kalau shopping puasa pun tak terasa.
Tapi akan ada episod dua dan seterusnya. Haha. Aritu aku g bazar kat shah alam.
Besar plak tempat dia, penat berjalan, rasa macam nak balik. Aku g dengan member
aku tapi diorang lembab, lambat sangat sampai. Tapi aku impian aku punah apabila
gagal bertemu dengan gerai ayam golek. Huhu aku nak ayam golek! Ada satu gerai ni kan
sumpah kelakar ada mamak ni jerit 'murtabak ayam murtabak daging' slang dia memang
gila babi la. Aku macam orang gila gelak sorang-sorang.
Oh, nak cerita juga, semester depan aku akan mula bekerja untuk training ataupun intern.
So aku pun macam menggila mencari tempat training, call company sana sini bertanya
tapi diorang tak ambik student training. Ada juga company yang call tak angkat lansung!
Tapi alhamdullilah, setakat ni aku da anta 5 resume ke beberapa company. Cuma tak sure
dapat ke tak. Haha. Hope dapat lah. Sebab memikirkan tempat training ni memang sangat
merunsingkan benak hati dan akal pemikiran aku yang separa waras ini. Ada berita baik,
esok hari jumaat sampai selasa depan aku tade kelas! Fuyooo rilek 5 hari kat rumah!
▲ Back to top