click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Saturday, September 4, 2010 / -1:36 AM
Erti Kemerdekaan

Sebenarnya aku malas nak buat posting pasal merdeka ni. Terus terang, apakah erti merdeka bagi aku? Bukanlah berniat nak jadi penderhaka negara atau yang sepasukan dengannya. Cuma aku rasakan seolah-oleh tidak begitu teruja untuk menyambut hari yang bersejarah buat negara ini. Kalau dilihat, negara kita ini bukanlah 100 peratus sudah mendeka, kerana segala teras dalam negara kita dicedok dari negara asing. Mentaliti rakyat kita juga masih lagi dijajah, suka mengagungkan orang luar. Sistem perundangan, pendidikan, kewangan semua mengikut garis panduan dari barat. Sedangkan kita ada alternatif lain untuk mentadbir mengikut corak kita sendiri.

Kemudian, aku tengok rata-rata rakyat Malaysia seperti tak ambil peduli dengan Hari Merdeka. Seperti juga pada tarikh 31 Ogos 2010 yang lalu, rasa seperti sama saja, cuma yang orang tahu hari itu adalah hari cuti umum. Ada juga aku baca dalam surat khabar, penulis mengeluh kenapa rakyat kita tak bersemangat sambut Hari Merdeka. Apakah kayu ukur untuk menilai keterujaan rakyat sambut merdeka? Caranya dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang. Tinjauan mendapati terlalu sangat sangat amat sedikit rakyat mengibarkan bendera. Apakah erti semua ini? Sedangkan 31 Ogos itu adalah tarikh penting untuk negara kita.

Menurut mak aku, pada zaman 80 90-an dulu ramai rakyat kibarkan bendera apabila menjelang Hari Merdeka. Banggunan kedai, rumah dan paling utama sekali di kereta, penuh dilekatkan bendera. Tapi kini, apakah yang anda dapat lihat? Kalau aku drive kat Federal Highway yang sentiasa sesak itu, kereta yang pasang bendera tak sampai lima buah. Hanya lima daripada ribuan kereta! Yang selalu ada bendera cuma kereta company seperti van, lori dan bas sahaja. Kereta awam langsung tiada.

Jadi siasatan dilakukan dan antara penyebabnya adalah kerana politik. Apa kena mengena antara politik dan merdeka? Kaitannya adalah, soal siapa kerajaan, siapa pemerintah, siapa penganjur utama program kemerdekaan dan siapa rakyat. Perlu diingat rakyat kita kini terbahagi kepada dua iaitu penyokong kerajaan dan penentang kerajaan. Kalau dah nama penentang, mestilah mereka tidak mahu melibatkan diri dengan apa-apa program yang dianjurkan kerajaan. Dalam situasi sekarang, kemungkinan sudah ramai rakyat yang tidak menyokong kerajaan, sebab itulah mereka tidak mahu menyambut kemerdekaan. Kerana beranggapan, negara kita masih belum merdeka dari cengkaman parti kerajaan sejak 53 tahun yang lalu.

Jadi terdapat pihak yang membuat kesimpulan, ramai orang tak sambut merdeka, ramai tak kibar bendera, sebab tak sokong kerajaan. Ada juga yang beranggapan orang yang kibar bendera hanya orang kerajaan saja. Tapi kalau iya pun masih ramai penyokong kerajaan, kenapa mereka juga tidak ramai yang kibarkan bendera? Hakikatnya ramai yang tak sokong kerajaan sekarang. Tapi kalau ramai yang tak sokong kerajaan, kenapa pula parti kerajaan tak pernah kalah dalam semua pilihan raya semenjak 53 tahun yang lalu? Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatif dari masalah ini iaitu semangat nasionalis dan patriotik di kalangan rakyat akan terhakis dan semakin berkurang. Sekian.

▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐