click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Wednesday, June 2, 2010 / -11:30 PM
Reture To School 2010

Ini posting ketiga yang aku buat untuk malam ni, biasalah bukan senang nak update blog kan. Kekadang aku ada idea nak menulis tapi bila mengadap laptop, semua idea hilang, otak menjadi beku dan tangan menjadi kaku, cewah. Walaupun sekarang musim cuti tapi tak taulah ape yang aku buat sepanjang hari ni, nak update blog pun malas.



Okey, berbalik ke cerita utama, semalam yakni Selasa 1 Jun 2010 aku dan member sekolah lama bertandang ke sekolah lama yang terchinta iaitu SM Teknik Klang. Tujuan kami datang mestilah tak lain tak bukan untuk ambil sijil SPM 2008. Bapak lame, dah dua tahun ia berlalu tapi baru sekarang kami nak amek, ishishish. Naik kereta aku, kami merempuh masuk ke lot parking pelawat. Buat muka selamba padahal aku tahu sepatutnya kene berhenti di pondok guard, daftar dan amek pas pelawat, ahh persetankan itu semua.

Seterusnya kami terus menuju ke pejabat sekolah, terasa agak mencapap bila melintas depan kelas-kelas dan ramai student yang menoleh ke arah kami, hahaha. Aku juga mengamati suasana sekeliling, terdapat beberapa perubahan besar di sekolah ini. Sekolah ku yang dahulunya memang cantik telah bertambah menjadi lebih cantik :p


Kemudian aku bercadang untuk keluar makan tetapi member aku mengesyorkan kami berjumpa dan menziarah guru-guru lama kami. Jadi kami menuju ke bilik guru, dan kami terpaku disitu. Agak lama lah jugak, masing-masing segan nak masuk bilik guru. Hahaha sumpah kelakar, semua taknak masuk dulu, segan la, takut la, tak pakai uniform sekolah la, semua macam setan. Tapi setelah penat bertekak, kami menggagahkan diri melangkah masuk ke dalam bilik guru yang penuh dengan guru guru. Terdapat beberapa pasang mata menjeling kearah kami, Hairan agaknya melihat siapakah gerangan remaja-remaja yang berpakaian mencolok mata itu. haha


Stesen pertama, kami menyerbu meja Teacher Ana & Cikgu Bashariah ! Mereka ajar subjek BI dan Maths. Teacher Ana bukan main excited jumpa kitorang, haha agak terkedu juga. Cikgu Bashariah lagi lah, dia yang jenis sporting so dia ajak main boling dan datang makan malam kat rumah dia. Kami berbual panjang, kemudian ke meja Cikgu Yusniza iaitu Cikgu Physics . Kami berbual macam-macam, termasuk mengenai kawan-kawan yang lain.


Seterusnya ke meja Ustazah Aisyah, dia guru pengawas dan kami berbual mengenai masa depan dan pasal pengawas-pengawas yang lain, haha. Seterusnya ke meja Ustazah Hasnah iaitu guru kelas kami dan merangkap ustazah PI ! Best betul berborak dan mengimbau kenangan kelas lama, teringat ketika kelas kena blacklist, wanted dengan Guru HEM , cikgu mengamuk, parti kelas dan lain-lain.


Seterusnya bertandang ke meja Cikgu Veemalah, cikgu yang ajar subjek BM. Yea, cikgu India ajar BM. Paling best, dia ingat lagi member aku sorang ni yang sangat kuat tidur dalam kelas, haha. Antara cikgu yang tak sempat nak jumpa adalah Cikgu Sekar, ajar Sejarah. Cikgu Ayub ajar Chemistry, Cikgu Addmaths dah lupe name, Cikgu LK pun tak ingat nama dia, Teacher Hee ajar Theory manakala Cikgu Wong ajar kelas PJ kitorang terserempak kat Pejabat dan berbual pendek saja.


Sungguh seronok berjumpa dengan cikgu-cikgu lama. Pada mulanya kami khuatir akan dihalau keluar bilik guru dan kemungkinan cikgu dah tak kenal siapa kami. Tapi memang best, cikgu kitorang masih ingat nama-nama kami walaupun dan bertahun tak jumpa. Kehidupan seorang cikgu kan memang begitu, saban tahun bertukar anak murid dan disebabkan terlalu banyak anak murid, kemungkinan cikgu kami sudah lupakan kami. Tapi ia tidak berlaku, dan kami sungguh terharu, haha. Ada jugak antara cikgu-cikgu aku tu yang rajin onlinet kat fb!


Rindu betullah zaman sekolah, tapi yang aku tak rindu adalam time kena study untuk SPM, tu je yang aku tak nak rindu, haha. Time yang lain aku nak rindu, macam masa PJ, masa rehat, masa koko, masa kat library, masa rombongan, masa perhimpunan dan banyak lagi! Kemudian setelah penat bercanda dan minum-minum di kantin yang banyak kenangan tu, kami gerak ke JJ Bukit Tinggi. Tengok wayang cerita Shrek, memang tak ramai orang so kami rembat couple seat, baring-baring dan ketawa kuat-kuat. Enjoy sebaik mungkin bersama teman sekolah lama. 


Cerita dia pun best kot. Aku suka part si Puss jadi kucing gemok dan suka meluncur turun guna kuku, Dan si Donkey yang tak habis-habis nyanyi. Si Gingy yang kelakar dan Fiona yang menjadi pahlawa yang sungguh hot. Juga ahli-ahli sihir jahat buat disko dan lain-lain. TGV Bukit Tinggi plak memang lah wayang paling sejuk di dunia, menggeletar kitorang dalam tu. Seterunya kami makan dan balik. Habis cerita.

▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐