click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Sunday, September 19, 2010 / -8:59 PM
Eid 2010




Oh gila , Raya 2010 da na abis. Abis ke? Ke da abis?Berapa lama sebenanye raye ni? HahaPape pun semua orang suka raya. Walau pun raya tahun ini agak hambartapi aku tetap menghargainya. Agaknya apabila makin dewasa, raya pun tak se-excited seperti dahulu. Kalau zaman kanak-kanak dulu bukan main riang girang gemilang kalau nak raya. Tahun ini aku beraya di Johor, di kampung! Hari puasa terakhir baru bertolak sana, itupun lepas buka. Dalam kereta kami mengunyah biskut famos amos sambil mengilatkan kuku dan lain-lain. Seronok na balik kampung. Sampai sana malam, ramais edara mara da ade sane, tapi tak a ramai sangat sebab ada sedara mara lain tak balik kampung.
Raya Pertama! Hujan kot pagi tu, kami pun bersesak ke masjib solat sunat aidulfitri. Lepas itu balik makan dan bermaaf-maafan. Seterusnya sesi fotografi. Kesian nenek aku tak larat bergamba banyak-banyak.Lepas itu aku culik kamera dslr sepupu aku dan merayau sekitar kampung untuk bergambar. Petang itu pula beraya ke rumah saudara yang dekat dekat.
Raya kedua pula pulang ke KL atau lebih spesifik lagi ke rumah nenek aku lagi satu. Malam itu kami lebih meluangkan masa menonton cerita hantu. Raya ketiga pula ikami mula beraya di rumah saudara di sekitar KL dan PJ. Seterusnya ke KLCC, beraya di shopping mall pula.  Raya keempat kami bertolak pulang ke rumah iaitu rumah manis rumah di Klang. Sambil itu kami singgah beraya dalam perjalanan pulang itu. Sungguh selesa apabila pulang ke rumah sendiri, apabila setelah sekian lama meninggalkan rumah. 
Raya kelima kami sangat lebih. Kami hanya duduk di rumah, mengemas dan berehat. Kami tutup pintu agar takde budak budak kecik datang beraya, haha. Raya keenam kami bertolak ke rumah saudara di pahang. Sambil itu kami singgah beraya di negeri sembilan. Perjalanan ke pahang sangat jauh dan bosan. Kami lalu jalan kampung, mengekor belakang van jenazah yang dipandu begitu perlahan dan menyebabkan banyak kereta beratur dibelakang. Raya ketujuh, kami bertolak pulang ke Klang, sambil singgah ke rumah kenalan di negeri sembilan.
Demikian tadi raya ku seminggu :D






▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐