»
Friday, October 8, 2010
/ -11:52 PM
Kobaran Oktober
Walaupun final exam suda mendekati, tapi kalender masih full dengan aktiviti sosial. Haha. Semoga Allah merahmati aqmal untuk exam nanti. Pada hari rabu 6 Oktober, presiden kelas kami menganjurkan open haus di rumahnya di Ampang. Jadi seluruh kelas dijemput dan kami bertolak lepas kelas habis dalam pukul 3, pastu ada yang keciciran dan kereta rosak =.= Sampai sana terus makan. Namun parti takan meriah kalau aqmal tak buat kecoh kan. Pada hari bertuah tersebut aqmal dengan bangganya telah mengtonggengkan tong tempat letak air.
Bayangkan bekas air yang besar tu telah ditonggengkan dengan hanya sentuhan jari. Mungkin rangsangan otot pada jari ku terlebih dan terlampau rakus menekan punat air sampai berbalik tong tu. Ok, malu sekejap. Kelakar gila, sampai pecah dan retak wey, tong tu cover dia plastik so agak kritikal keretakan dia, nasib baik tak bocor. Dan nasib baik posisi dia terbalik secara menegak, kalau tak dah banjir plak lantai rumah orang tu. Untuk seketika kemaluan aku menjadi besar, haha! Agak dah petang, kami beransur pulang, dan untuk membayar gantirugi aku da offer untuk tolong kemas-kemas tapi macik tu kate tayah =p
Kami singgah di Ampang Point. Kami bermain bowling, first shot da strike. haha. Kami turut membuat gaya bersalam macam dalam cite Step Up (pengaruh step up lagi) Lepas itu kami berkaraoke! Walau aku agak 'enjoy' mendengar nyanyian lagu-lagu klasik tapi akhirnya kami terjerit-jerit dan untuk seketika suara serak-serak rocker. Si perempuan lagi siap bergoyang gerudi inul dan keadaan bertambah parah bila da saat-saat akhir, nyanyi lagu Jai Ho sekuat hati.
Kemudian dalam pukul 9 lebih kami beransur membawa haluan pulang ke shah alam tersayang. Tapi aku, tabong, hana dengan ekin masih segar dan kekal bertenaga so kami berkunjung ke KLCC untuk menonton wayang. Kami tengok cerita hantu endon, Mati Di Ranjang. Haha. Sebelum itu kami merayau di jalanan sekitar KLCC kerana cerita itu midnight dan masih lama lagi nak start. Kemudian pegi dinner. Kat kedai tu aku tanya sorang waiter ni '
sinki kat mane?' dia jawab '
sinki tu apa?' ahahahha bodoh, dia tak tau sinki tu ape.
Wayang pun bermula. Cerita dia tak la best sangat tapi tak la bosan sangat. Tapi banyak babak seksi, haha. Yang buat bestnya adalah kami menonton cerita hantu pada pukul 12 malam dan dalam hall tu tak ramai orang! Paling best, Hana boleh terkejut dan menjerit kuat-kuat! Satu hall dengar, haha padahal tak la terkejut sangat sebenarnya. Lepas itu dalam 3 pagi kami pun balik. Dan sebagai tambahan, hari ini iaitu hari jumaat i pegi dating :) sorry i lambat sikit, ada tahi-tahi yang membuat tahi sampai i lambat. tapi pegi dekat-dekat je. haha. Malam lepas tengok wayang baru balik :)
▲ Back to top