click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Friday, October 1, 2010 / -11:14 PM
Step up my day!

Tiada apa yang menarek berlaku dalam hidup aku lately. Hanya sakit otak kerana OD test, quiz dan assignment. Tapi last week aku klua tengok wayang! Sorry cerita da lame, aku ni jarang update blog. Pagi 21 September tu terus gerak ke Sunway, nak tengok cerita Step Up ! Tapi malang cerita tu start lambat dan maybe habis lambat, petang pukul 2 tu plak kitorang ada kelas. So gamble nak tengok jugak! Sejak dari sebelum raya kitorang nak tengok tapi tak sempat. Sementara tu kitorang pergi lunch. Mungkin sebab cuaca yang mendung pada hari tersebut, otak kami agak beku dan tak normal. Beberapa siri kejadian sengal telah terjadi. Semasa lunch kami mendengar Bell bercerita yang panjang memang panjang tapi tiada klimaks. Habis je cerita dia kami gelak nak mampos sebab cerita dia memang tah hape-hape, pointless, tanpa sebab dan akibat, tidak digarap kemas, tanpa klimaks dan tiada kaitan dengan apa-apa kejadian pada hari tersebut. 

Tak lupe kitorang msg lecturer nak bagitau yang kitorang akan lambat masuk kelas, belum apa-apa dah cakap terima kasih, msg plak guna ayat yang sengal-sengal manja. Step Up memang sumpah best, kitorang berjoget-joget dalam tu, dengan tak ramai orangnye so memang tak malu lah. Habis je cite tu kitorang rushing nak pegi kelas. Tengah terkinja-kinja dan berlari anak cucu kat parking, boleh plak kete tak boleh unlock sebab kunci kete jatuh pastu dia punya remote macam rosak sekejap, haha. Ni part paling best, kat flyover dari parking sunway kalau belok kiri kita pegi arah subang jaya tapi kanan ke arah kl. Aku dengan selamba belok ke kl tapi tetibe jem pulak kat area depan NPE tu.

So dengan galakan dan motivasi daripada diorang aku berhenti kan kereta kat tengah-tengah flyover tu, dan reves balik naik atas dan amik lane ke subang jaya. Hahaha, ektrim bebeh dengan banyak kereta turun dari flyover yg sempit tu, boleh plak berhenti dah separuh jalan dan reves secara songsang dan menentang arus! Tak pernah aku terfikir bende macam tu akan berlaku kat situ, hahahaha. Mia siap turun kete jadi makgad dari belakang.

Tapi cerita ini belum habis, disebabkan semangat Step Up yang terdenyut-denyut dalam nadi aku, kitorang klua lagi  nak tengok Step Up lagi pada hari Sabtu berikutnya. Tapi kali ni aku klua dengan geng lain plak. Paling best diorang siap bawak adik-adik lagi. So kitorang macam babysitter bawak adik kecil tengok Step Up. Lepas tu pergi usha shopping mall baru iaitu empire shopping gallery, tak best pon. biasa saja. hehe. Dalam tu ada ToysRus, kitorang bagaikan kanak-kanak yang begitu teruja dengan semua permainan kat situ. Tambahan kitorang memang bawak budak-budak sekali, so memang kitorang pon jadi kanak-kanaklah.

Okey, ini cerita lain plak. malam 29 September kitorang pegi Putrajaya. Haha matlamat asal nak bersiar-siar sambil bergambar tapi disebabkan diorang yang tersangat ngeng, sengal mentadak mentadu so terpaksa gerak malam. Aku dari siang da ajak gerak tapi semua tido lah, main game lah ape lah. Tak dengar cakap orang tua betul lah! Dah tu memula macam tak ramai orang nak join tapi last-last ramai plak, so tak muat pegi satu kete. Jadi kitorang pun calling sane sini nak pinjam kete member tapi semua kedekut, siap plan nak sewa kete lagi. Kami mula berbelah-bahagi,  gerak hati mula meragui cadangan ke putrajaya memandangkan sudah pukul 8 malam, dengan hujan mula turun dan kekurangan kenderaan.  

Last-last ade minah-minah nak ikot dan nasib baik dia ada kete so boleh tumpang. Haha. Kitorang g makan kat Alamanda pastu pusing-pusing sekitar putrajaya j.  siap baring-baring lagi depan banggunan dia. Dah malam dan tak ramai orang, memang tempat tu kitorang yang punya lah. Tak dilupa main lawan gelak dengan strangers, bukan main lagi diorang mengilai tengah-tengah malam tu. Pastu amek gamba sikit-sikit dan balik rumah.

Tak lupa pada malam tersebut Erin berpakaian jeans denim ala rugged dan mendapat gelaran pengacara discovery channel ala sape tah nama dia, tapi memang klaka gila gila babi lah, selain nickname pengacara discovery , ada lagi satu nickname iaitu makguard. Hahahahaa, dengan topi dia lagi, memang style lah. Hahaaha klaka gila babi, nak terkencing aku gelak sekarang ni. Tapi jangan marah ye, aku gelak sebab nickname pengacara discovery dengan makguard tu. hahahhahahaha. tu cite kat putrajaya, ari ni iaitu ari jumaat, si erin dilihat sedang menyapu sampah dalam kelas, so dia dapat nickname baru iaitu acik cleaner.

Hahahah, diorang la macam babi cakap ' erin tu malam tadi jadi mak guard, ari ni jadi cleaner plak.' ahahahha aku tengah gelak gila bapak sorang-sorang skrang ni, terketar-ketar tangan aku nak menaip blog. Hahahahaaha!! Tak dilupa malam kat putrajaya tu si amir sakit perut. Dia merengek-rengek dalam kereta bagai anak kecil yang berguling-guling. Sampai je alamanda, dialah orang eprtama turun kereta. aku tak sempat matikan enjin kereta lagi dia dah berlari cari toilet, dia ajak zul temankan dia berak. Pastu pegi toilet bapak lame, kitorang da abis makan pun dia still kat toilet lagi! Pastu siap ceritakan lagi pengalaman dia berak. HAHA


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐