click!
BLOG AQMAL
Hello, it's my blog!



BlogEntries
» Monday, June 28, 2010 / -10:14 PM
Third Semester Opening

Hye, my third semester has begun. After a happiest peacefullest and best moment of my life
which is semester break for about a month, i'm back in campus life.
Of course lah i fell terribly sorry for myself, i cannot lepaking 24 hours anymore
but i am back to be a zombie! Hate hate hate
One of the point i hate the most is bangun awal T.T
i cannot stand to wake up at 6am, huwawa
usually after subuh i will jump back into my bed and
peacefully sleep until noon. I'm gonna miss that moment tho.
So today, the first day and everything going quiet well

But on english class, my whole class late to go to dewan kuliah
and we all kena ketuk ketampi! Hahaha. so cruel & childish punishment.
And today, I've made an official announcement in front of my class
which is persaraan of me and my partner from jawatan
president & vice president of the class. Yeahhh!
After two semester i hold that chair, i just don't want
to keep it for myself for another semester. Too much work, too much stress
and a lot other bunch of things. But the poblem is finding my replacement
the boys is macam siyal, none of them wanted to be president, haha
so i have to take control and use my full power to simply pick among them.
I've two best candidates already tapi cilakak diorang lari time undian,
takpe jage korang! aku takkan menyerah kalah! hahaha.

Ohh, last thursday. i went out with her
just to dine and watch a movie
We watched Knight And Day
Another funny story, previously i watched Toy Story 3 & Killers
Now Knight & Day. Best kot, suka sebab diorang cool even time genting
doing good? great? cool? everything's fine? ok good? good very good.
hahaha, with me here. without me here. with me, without me.
he's the guy, im the guy, he's the guy. im the guy. im the guy yeah im the guy!

» Sunday, June 20, 2010 / -12:18 PM
I lovvee Holiday

Who on earth doesn't love holiday? Everybody does and same goes to me. Where i rule my own life and i can do whatever i want and surely i don't have to do what i don't want! No struggling no rushing  no assignments no calls about classes and many more - isn't it beautiful? So i took my best chances to enjoy as much as i can during this sem break. And what i did? Surely go out for so many times. Hahaha

Can you believe it, i am not at home everyday sebab tiap-tiap hari aku keluar berjalan especially this week. First i went to Gombak with my mom and then to Sunway on the next day. After that to my granny's later to Mid the other day. Not to mention i went to JJ Bukit Tinggi everyday! Owh yeah i also bring my siblings out for Toy Story 3 movie and i am proud to tell you that we all are one of the first viewer of that movie in 3D in Malaysia, because we went to cinema on the first day of premiers and the earliest 3D on that day. hahaha, the movie's great we burst into laugh most of the time and i love Toy Story since i was a kid.

And sem break also the perfect timing to do some shop aite. Muahaha i love doing this part. We visited many malls and i can finish 500 bucks in less than a day =.=  Yesterday also i went out with my dad to buy some groceries. And we bought dozens of biscuits! Hahaha, i really love eating biscuits, what to do. Ok that's all for now today im heading to Seremban because im sending my sister to her hostel. Do expect some heavy traffic yeah T.T                          

» Monday, June 14, 2010 / -11:59 PM
Kukunang Trip!

Tersebutlah kisah pada 7 & 8 Jun yang lalu aku dan member aku berlepas ke Kuala Selangor bersempena dengan trip kami yang dikenali sebagai Kukunang Trip! Memang superb, siap sewa kereta lagi, dan seperti biasa aku lah yang menjadi driver. Gerak pukul 8.30 pagi ke Shah Alam na amek kereta dan kereta aku tinggal kan kampus, seterusnya ke Banting nak pungut member-member aku. Pastu ke Kuala Selangor! Dengan penuh gaya aku drive dan menunjukkan skill pemanduan ekstrim aku, haha! Semua terjerit-jerit terutama yang pompuan, aku memang suka buat diorang menjerit =p



Pertama stop kat Bukit Melawati, tengahari dah la panas, monyet-monyet kat sana pun macam gila. Dah penat bergambar kitorang berkelah, lunch kat sana. Pastu gi check-in chalet. Jauh masuk kampung tambah dengan sesat lagi. Sampai sana kitorang ternganga, kat internet bukan main cantik lagi tempat tu, tapi realitinya, haha. Tapi tak la teruk sangat. Kemudian kami merayau lagi, pergi Nature Park, hari dah mendung so suasana pokok yang tinggi sangat menyeramkan, dan kami bertuah sebab dapat menyaksikan monyet kencing dari atas bumbung!



Kami bergegas meninggalkan tempat kejadian sebab monyet-monyet makin gila dan nampak seperti berkomplot untuk mengepung kitorang, kemudian pusing-pusing pekan, dan tetiba terjumpa pasar malam! Macam tak pernah nampak pasar malam, kitorang bergambar kat sana sini pastu aku dapat makan roti goreng berintikan ayam, aku tak tau ape bende namenye tapi ia sangat sedap! Pastu pusing masuk kampung sampai sesat dan tetiba terjumpa macam jeti memancing, kami bergambar lagi.



Malam tu kami naik boatride nak tengok kelip-kelip! Even keli-kelip tak la hebat sangat tapi semua excited dan aku dapat tangkap seekor! hahaha. Si abang tukang kemudi bot pun sporting dan kami bersungguh-sungguh mengiyakan segala penjelasan beliau dengan cakap 'oooooooo'  panjang-panjang dan serentak, haha. Then buat BBQ! Even memula ada krisis nk mulakan bara, haha. Pastu kat lantai dia ada banyak semut api! Member aku terkinja-kinja mengaru kaki dan terlompat-lompat nak elak semut, last-last dah jadi tarian plak sebab semua orang join. Dah masak kami pun melantak kat dalam chalet. Buat yamseng dan kampai, haha.

Esok paginya hujan, semua bermalas-malasan. Dah la diorang bangun lambat, perjalanan hari ni masih jauh lagi ni. Dalam pukul 11 baru check-out dan terus berlepas meninggalkan Kuala Selangor. Perjalanan sangat jauh sebab kami nak menuju ke Broga! Memang dari hujung Selangor ke hujung Selangor lagi satu! Dah la bile sampai sana sesat, carik Broga Hill tak jumpa, merayau sampai ke kem bina semangat kot dan tokong cina atas bukit. Akhirnya jumpa juga laluan yang tersoroknya.






Tapi malang sungguh tak berbau harum, kami ditimpa tragedi di puncak Broga Hill! Jengjenjeng tayar Avanza termasuk dalam tanah lembut dan tersekat. Ia merupakan saat yang sangat genting, Avanza tu bukanlah pacuan empat roda dan sangat tak sesuai untuk melalui jalan seperti itu, dengan bukit yang curam, tiba-tiba kami tersangkut dan tak boleh mendaki lagi, kemudian aku reverse dan tiba-tiba avanza itu meluncur sendiri walaupun brek ditekan! Tanahnya licin dan sangat curam dan tak stabil, aku sudah terbayangkan Avanza itu bakal terbalik dan berguling-guling macam dalam tv!



Seterusnya semua penumpang dikeluarkan dan segalanya terletak di bahu aku untuk mengeluarkan Avanza dari situ sebab tayar Avanza dah tersekat. Tapi ia sangat sukar dan terpaksa minta bantuan tambahan. Member aku mintak tolong uncle cina yang tinggal area situ dan kami menolok Avanza keluar dan akhirnya berjaya! Haha, sumpah time tu sume cuak gila, dah la kereta orang, pastu tersangkut kat tanah tak stabil, bila-bila masa je boleh terbalik!! Pastu tayar macam pelik sebab nampak macam bengkok! Tapi alhamdullilah semuanya selamat.



Kemudian kami mengubat hati yang luka dengan berkunjung ke The Mines, memang tak plan langsung ni. Lepas makan tengok wayang cerita The Killer, Hahaha. Cerita dia memang kelakar, best je kot. Ketawa kuat-kuat lah ape lagi kan. Pastu agak dah pukul 9 malam kami bertolak, hantar member-member aku seekor-seekor dan dalam pukul 12 lebih malam tu jugak aku pulangkan kereta Avanza tu kat Shah Alam. Pastu dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah, memang sangaaaaaat penat.



 Lastly, my favorite photo :D


» Wednesday, June 2, 2010 / -11:30 PM
Reture To School 2010

Ini posting ketiga yang aku buat untuk malam ni, biasalah bukan senang nak update blog kan. Kekadang aku ada idea nak menulis tapi bila mengadap laptop, semua idea hilang, otak menjadi beku dan tangan menjadi kaku, cewah. Walaupun sekarang musim cuti tapi tak taulah ape yang aku buat sepanjang hari ni, nak update blog pun malas.



Okey, berbalik ke cerita utama, semalam yakni Selasa 1 Jun 2010 aku dan member sekolah lama bertandang ke sekolah lama yang terchinta iaitu SM Teknik Klang. Tujuan kami datang mestilah tak lain tak bukan untuk ambil sijil SPM 2008. Bapak lame, dah dua tahun ia berlalu tapi baru sekarang kami nak amek, ishishish. Naik kereta aku, kami merempuh masuk ke lot parking pelawat. Buat muka selamba padahal aku tahu sepatutnya kene berhenti di pondok guard, daftar dan amek pas pelawat, ahh persetankan itu semua.

Seterusnya kami terus menuju ke pejabat sekolah, terasa agak mencapap bila melintas depan kelas-kelas dan ramai student yang menoleh ke arah kami, hahaha. Aku juga mengamati suasana sekeliling, terdapat beberapa perubahan besar di sekolah ini. Sekolah ku yang dahulunya memang cantik telah bertambah menjadi lebih cantik :p


Kemudian aku bercadang untuk keluar makan tetapi member aku mengesyorkan kami berjumpa dan menziarah guru-guru lama kami. Jadi kami menuju ke bilik guru, dan kami terpaku disitu. Agak lama lah jugak, masing-masing segan nak masuk bilik guru. Hahaha sumpah kelakar, semua taknak masuk dulu, segan la, takut la, tak pakai uniform sekolah la, semua macam setan. Tapi setelah penat bertekak, kami menggagahkan diri melangkah masuk ke dalam bilik guru yang penuh dengan guru guru. Terdapat beberapa pasang mata menjeling kearah kami, Hairan agaknya melihat siapakah gerangan remaja-remaja yang berpakaian mencolok mata itu. haha


Stesen pertama, kami menyerbu meja Teacher Ana & Cikgu Bashariah ! Mereka ajar subjek BI dan Maths. Teacher Ana bukan main excited jumpa kitorang, haha agak terkedu juga. Cikgu Bashariah lagi lah, dia yang jenis sporting so dia ajak main boling dan datang makan malam kat rumah dia. Kami berbual panjang, kemudian ke meja Cikgu Yusniza iaitu Cikgu Physics . Kami berbual macam-macam, termasuk mengenai kawan-kawan yang lain.


Seterusnya ke meja Ustazah Aisyah, dia guru pengawas dan kami berbual mengenai masa depan dan pasal pengawas-pengawas yang lain, haha. Seterusnya ke meja Ustazah Hasnah iaitu guru kelas kami dan merangkap ustazah PI ! Best betul berborak dan mengimbau kenangan kelas lama, teringat ketika kelas kena blacklist, wanted dengan Guru HEM , cikgu mengamuk, parti kelas dan lain-lain.


Seterusnya bertandang ke meja Cikgu Veemalah, cikgu yang ajar subjek BM. Yea, cikgu India ajar BM. Paling best, dia ingat lagi member aku sorang ni yang sangat kuat tidur dalam kelas, haha. Antara cikgu yang tak sempat nak jumpa adalah Cikgu Sekar, ajar Sejarah. Cikgu Ayub ajar Chemistry, Cikgu Addmaths dah lupe name, Cikgu LK pun tak ingat nama dia, Teacher Hee ajar Theory manakala Cikgu Wong ajar kelas PJ kitorang terserempak kat Pejabat dan berbual pendek saja.


Sungguh seronok berjumpa dengan cikgu-cikgu lama. Pada mulanya kami khuatir akan dihalau keluar bilik guru dan kemungkinan cikgu dah tak kenal siapa kami. Tapi memang best, cikgu kitorang masih ingat nama-nama kami walaupun dan bertahun tak jumpa. Kehidupan seorang cikgu kan memang begitu, saban tahun bertukar anak murid dan disebabkan terlalu banyak anak murid, kemungkinan cikgu kami sudah lupakan kami. Tapi ia tidak berlaku, dan kami sungguh terharu, haha. Ada jugak antara cikgu-cikgu aku tu yang rajin onlinet kat fb!


Rindu betullah zaman sekolah, tapi yang aku tak rindu adalam time kena study untuk SPM, tu je yang aku tak nak rindu, haha. Time yang lain aku nak rindu, macam masa PJ, masa rehat, masa koko, masa kat library, masa rombongan, masa perhimpunan dan banyak lagi! Kemudian setelah penat bercanda dan minum-minum di kantin yang banyak kenangan tu, kami gerak ke JJ Bukit Tinggi. Tengok wayang cerita Shrek, memang tak ramai orang so kami rembat couple seat, baring-baring dan ketawa kuat-kuat. Enjoy sebaik mungkin bersama teman sekolah lama. 


Cerita dia pun best kot. Aku suka part si Puss jadi kucing gemok dan suka meluncur turun guna kuku, Dan si Donkey yang tak habis-habis nyanyi. Si Gingy yang kelakar dan Fiona yang menjadi pahlawa yang sungguh hot. Juga ahli-ahli sihir jahat buat disko dan lain-lain. TGV Bukit Tinggi plak memang lah wayang paling sejuk di dunia, menggeletar kitorang dalam tu. Seterunya kami makan dan balik. Habis cerita.

» / -10:42 PM
My Parents & I

Ini sambungan posting yang kat bawah ini. Untuk pengetahuan anda, saya beli phone itu secara rahsia. Tak ada sesiapa pun yang tahu,  nak buat ala-ala surprise gitu. haha ngek. Tapi kan aku ada krisis dengan parents aku. So suatu petang itu sedang aku membaca surat khabar tiba-tiba aku didatangi ibu ku ( tidak tahu kenapa setiap kali aku baca surat khabar pasti ibubapa aku akan mendatangi aku, haha ) Tiba-tiba dia cakap 'i know you bought something' lepas itu aku melopong macam tak percaya. How come mak aku boleh tahu aku beli phone? Aku sorok taw phone tuw, and aku keluar rumah pun parents aku tak tau.

Rupanya , she found the receipt! Haha, how silly i am, aku rasa aku dah sorok semua bukti termasuk phone baru aku tu secermat yang mungkin. Tapi dia buka wallet aku ( intervention ni!) and found the receipt.
Haha, so i guess what some people says is true, that you could never hide anything from your mom, because she knows everything about you  =.=

Perkembangan mengenai perang dingin aku dan parents aku, haha semuanya dah okey. Memang aku diam sepanjang peperangan itu, malam tu masa keluar dinner pun aku diam. Mak aku konon tanye aku kenapa aku semacam saja, tapi aku bwat dunno je. Esok paginya bapa aku masuk bilik aku, tah ape tah dia cakap aku iyakan aje, aku masih tidur atas katil lagi pun time tu. Lepas tu, dia mula sedar yang aku marah kan diorang apabila aku tak salam diorang sebelum diorang pergi kerja ( aku ni anak yang baik, sebelum parents aku g kerja aku cium tangan diorang ) haha. So sejak pagi tu diorang mula nak pujuk aku setelah nampak perubahan drastik keatas diriku.

Tengahhari tu, tiba-tiba bapa aku call aku. Tak pernah pernah dia call time tengahari. Selalunya law dia lewat balik atau kerja malam barulah dia call. So aku rasa dia sengaja nak cakap dengan aku, dia tanya tengah buat ape lah, makan ape lah. Saje dia nak cakap dengan aku, sebab dah beberapa hari aku mengelak bila berjumpa dengan parents aku. Kalau ditanya pun aku nak taknak jawab je, tengah dalam proteslah kata kan. Hahaha, bila difikir balik kelakar juga tengok diorang. Walaupun aku dah 19 tapi memang best merajuk-merajuk dengan parents ni! Haha

So the point is, aku tetap akan pergi field trip dengan member aku tu! No matter what, i am unstoppable hahaha. Segalanya sudah dirancang, member aku sanggup tunggu aku dan postpone sebulan lebih sebab nak tunggu aku habis final exam. Dah book chalet dan transport semua, it's already too late to pull off the trip  :p

» / -10:26 PM
New Phone!

Ehem ehem, attention people. I've an announcement to make.
Last Sunday, i finally bought a new phone!
Hahaha. Well after months and months of postpone ,
i finally managed myself to the store and bought a phone
that i've spotted since last year! Even before it hit the market.
Wonder what phone i bought? Hahaha well it's a secret,
But the phone is featured in my previous post HERE

But, then i heard the news that Xperia X10 mini just launched and the retail price is so cheap! Well i really love X10's UI but on the contrary it's a 'mini' so the screen is smaller which make me kinda disgust a small screen phone. Not to mention i also spot the Nokia N8, the specs is so cool , HD, 12MP blablabla but i despise the design! It's way too ugly plus it will be available on the market on july. I really can't wait that long. Also the Vivaz Pro, another Vivaz version but comes with a full qwerty keyboard, though it looks so cool but it only eqipped with 5MP camera.














So i think, i've made the best decision to choose this phone, and yes i love my new phone a lot! Even i noticed some negative reviews about this phone, but nah it is all so not true! Because this phone works perfectly and i really love it!


▲ Back to top





BLOWMYSPEAKERSUP.
  ▐▐